There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Saturday, December 29, 2012

Good bye 2012, Hi 2013..

Pejam celik pejam celik dah penghujung 2012. Macam-macam yang jadi dalam tahun ni. siap ada kontroversi yang mengatakan dunia akan berakhir pada 2012. Tapi itu takkan berlaku tanpa kehendakNya. Tahun 2012 juga memberi kengangan manis dan pahit untuk semua.

bagi aku tiada yang pahit kerana yang pahit itu harus bersemadi. untuk bercerita tentang azam 2012, tiada pula aku menanam azam tahunan. Yang pasti salah satu impian telah tercapai 2012. Memiliki sebuah kenderaan yang boleh bawa family aku bercuti atau menziarah keluarga tanpa ada yang perlu beralah kerana seating capacity yang terhad. Guess what? mereka telah ke JB setelah berbelas tahun tidak ke sana. Next trip maybe ke utara. we'll see how. hehe..

2012 juga melihat aku bertukar tempat kerja dan sekaligus aku di gelar perantau. Sepanjang menjadi perantau pelbagai rasa menyelubungi perasaan, tak kurang juga dengan homesick. But now aku da boleh biasakan keadaan tambahan mempunyai housemate a.k.a sahabat dan rakan sekerja yang baik. Alhamdulillah.

Aku juga kembali ke langkawi. Hehe.. sangat berpuas hati sebab dapat tawaf satu langkawi tu. Jika pada 2009 aku pergi dengan former company dan tak sempat tawaf, but this time aku juga dapat buat island hopping which is first time i am doing that activity. Dapat berendam kat Tasik Dayang Bunting yang heaven. Ok jakun jap dengan Tasik Dayang Bunting. Haha..

Disebabkan malas nak taip panjang-panjang aku rasa sampai sini je la entri ni. dan aku rasa 3 cerita tersebut adalah yang paling membawa makna yang besar pada 2012. Wish you all happy New year 2013 in advance memandangkan aku takkan bersiaran selama 2 hari.

HAPPY NEW YEAR 2013


Friday, December 28, 2012

experience with nile.com.my

Last week on Friday I was blog walking and suddenly saw kat blog abang Nara entry dia pasal nile.com.my. Guess what is Nile? its an online shopping mall. tanpa membuang masa terus klik kat link nile tersebut. There is a lot of thing yang superb and I was like "I want this.. I want this.. I want this.. and this.. plus this.. I want it all". Because the price is so reasonable.

Some of their item not even RM50 plus the courier cost. Can you believe that? Memandangkan budget tak mengizinkan, I just grab a bag. and other itemssss is next time. Hope that they still have the stock of that item in future when I already have enough money for that.

Cantek smpai Kak June jeles
Oh ya I received my item that I purchased in 3 working days. Received it on Thursday because on Tuesday is a Christmas Day. The material of the bag is sooooo good sebab my colleague cakap "berapa ratus beg ni?". And I said its only RM42.10 plus the courier cost. OK nak pegi tayang beg. haha larikkk!

P/S: almost all of the items is Korean style.

Pakej Komunikasi Belia - Rebat RM200 Smartphone

Rebat RM200 untuk smartphone. Pendaftaran akan dibuka pada 1 Januari 2013 melalui laman web SKMM. Dihadkan telefon pintar 3G berharga RM500 kebawah. Antara telefon pintar yang di tawarlan untuk rebat ini adalah:-


Alcatel One Touch Inspire 2
The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl 2
Ninetology Pallette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790

Pelbagai syarikat telekomunikasi akan menawarkannya, dengan kerjasama pengedar rasmi, yang mana akan memaparkan banner khas pada kedai mereka.

Saturday, December 22, 2012

Sekolah Atendan Penerbangan Frontier

Guess what i've found today. its a reality series of "Flight Attendant School". Siri ini berkisarkan tentang reality show merekrut atendan penerbangan oleh The Frontier Airlines. Start dari mereka di rekrut sehinggalah mereka tamat latihan. seorang demi seorang tersingkir dari latihan. Ini kerana mereka yang di singkir tidak menepati requirements yang di kehendaki termasuklah lambat datang kelas, tidak lulus ujian saringan kesihatan dan ujian-ujian lainnya.

Flight Attendant School

Aku baru layan episod satu dan dua yang disekalikan. maybe I am only the one yang a bit late to know about this in Malaysia. But anyway I still would like to share it with all of my readers. Really excited to know what is the ending of this six week training and who will be succeed. Enjoy watching everyone.


Ikhlas dari,
Flight attendant in a dream :P

Thursday, December 20, 2012

Wednesday, December 19, 2012

Beronok-ronok di Langkawi

Salam penuh barkah.. Lama dah aku tak update blog aku yang picisan ni. Last week aku cuti seminggu sebab memang target cuti-cuti Malaysia. Maklum la dah tempah tiket flight awal-awal. Destination is Langkawi dari 09122012 sampai la 12122012. So below is the summary of activity sepanjang di LGK.

Day ONE
Tak banyak yang dapat aku lakukan pada hari aku sampai sebab sampai pun da pukul 3. Then tunggu member sampai pun dalam pkul 4. Terus pegi makan kat area airport Langkawi tu. Then balik bilik rest. Only malam je yang keluar pergi Cenang untuk diner sekaligus round then lepak sat kat tepi pantai. Oh ya we also pergi Kuah tengok helang besar kat eagle Square. Member aku cakap Kuah dah takde apa malam-malam. Sebelum balik supper kat KFC Kuah. That time about 3 pagi gak la baru balik.

Cenang Beach

Eagle Square

Day TWO
Bangun da almost pukul 10am. Then siap-siap pergi cari makan. Kami makan kat Teluk Yu. That time kedai tu baru setup nak buka. Kami tunggu sambil melihat keindahan pantai Teluk Yu tersebut. Kelihatan anak-anak ikan yu bermain di gigi air. Terhibur dengan telatah mereka. eh dah macam tengok apa je siap terhibur dengan telatah. dah kenapa? Haha.. After that we are heading to Pekan Kuah. Pergi round kat Taman Lagenda Langkawi dan Taman CHOGM. Not really sure about Taman CHOGM ni. Tapi yang pasti Taman-taman ni tempat rekreasi. Selesai berekreasi di bawah terik mentari, kami menuju Mekdi untuk menjamu selera.

530pm kami dah bergerak pulang kerana kereta sewa kami diperlukan. So start dari situ kami hanya melepak di sekitar kawasan penginapan. kebetulan pula malam tu hujan. Apa lagi mata pun meminta disorongkan bantal. Kerana esok masa telah tertakluk untuk melakukan aktiviti Island Hopping. ZzZzZz...

Taman Awam Teluk Yu

Taman Lagenda 

Taman CHOGM
Day THREE
Hari ini sangat pagi sedar dari tidur kerana mendapat tidur yang berkualiti malam tadi. Bersiap untuk aktiviti Island Hopping sekalian. sangat teruja ketika itu. Aktiviti yang memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi. ewah! haha.. Bertolak untuk bersarapan sebelum menyertai island hopping. tetapi kerana servis yang slow dari warung tersebut kami hanya menapau nasi lemak.

setiba di jeti pelancongan Pekan Rabu kami menanti dengan tenang bot yang akan membawa kami. Tiba waktu bertolak perasaan seronot tetiba kerana membelah lautan menuju ke pulau-pulau yang sangat SUBHANALLAH indah ciptaan Allah. Pulau pertama adalah Pulau Beras Basah, tiada apa aktiviti yang dapat dilakukan selain boleh bermandi di pantai dan melihat kera menyambut pengunjung yang tiba. Kami memilih hanya untuk menikmati nasi lemak yang di tapau tadi kerana masing-masing belum sarapan lagi.

Setelah sejam berada di Pulau Beras Basah kami segera menuju destinasi seterusnya bagi melengkapkan aktiviti island hopping kami. Eagle feeding atau dalam bahasa mudah adalah memberi helang makan. Aku dalam keadaan antara teruja dan tidak. kerana sejak dari kecil helang dapat dilihat setiap hari. Kerana aku sendiri membesar di sebuah pulau, Beautiful Island, Klang.

Lebih kurang sepuluh minit selepas itu kami segera menuju ke Pulau Dayang Bunting. Tatkala ini hati gembira kerana memang teringin sangat nak ke pulau tersebut. Sampai di sana kami mendaki dan menuruni bukit untuk tiba di Tasik Dayang Bunting. Terus sewa life jacket dan terjun. Satu jam berendam di situ.

Pulau Beras Basah

Sonok wehh~

Berendam tak hengat nih..
Pulau Dayang Bunting
Tamat aktiviti island hopping pada hari tersebut pada pukul 1. Mandi dan salin pakaian kat tempat yang tersediakan. Terus menuju ke Kuah untuk santapan tengahari dan bershopping coklat yang dikirimin oleh mereka-mereka.

Usai bershopping kami segera ke cenang untuk menikmati keindahan pantainya buat kali terakhir sebelum pulang esok. Subhanallah sungguh indah sunset yang terkelihatan tersebut. Setelah puas menikmati keindahan sunset  kami mencari tempat untuk melakukan diner. eh diner pun melakukan ke? hobbit sungguh. hahha.

Day FOUR
Di hari terakhir ni kami bersiap untuk pergi ke Cable Car Langkawi. sebelum sampai kami singgah di suatu tempat yang tidak di ingatkan namanya untuk menikmati brunch (breakfast + lunch). setelah tiba di Cable Car Langkawi aku dapat melihat sungguh ramai manusia di situ. Kebetulan pada masa tersebut kawasan taman cable car dihiaskan seperti sebuah taman yang berada di korea. lagu-lagu korea berkumandang kedengaran. Di suatu sudut pula ramai manusia berpusu untuk menaiki cable car. Aku tidak langsung memasang niat untuk menaiki cable car tersebut kerana pernah menaiki sekali sebelum ini. So tidak ralat la kerana tidak dapat menaiki cable car tersebut.

Sekali lagi kami ke Kuah tanpa arah tujuan. mungkin hanya melihat pekan Kuah tersebut untuk kali terakhir sebelum pulang ke asal kami. Balik dan berkemas untuk depart pukul 9.35pm di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

P/S: summary je dah berjela. kalo details sampai minggu depan pun tak publish lagi nanti. so nantikan entry seterusnya tentang tempat dan aktiviti menarik yang aku lakukan. PEACE!!

Friday, December 7, 2012

Preparation to fly with AirAsia

Esok officially aku fly dengan AirAsia sendiri. Sebelum ni aku fly dengan my former company, so everything they arrange. Now aku yang arrange perjalanan aku sendiri. Hehe.. Punya kalut tanya my former boss step nak check-in bagai.

Itinerary dah print just in case la kan. Then tinggal nak packing barang2 je. Maybe tak bawak banyak kot. Sebab nak bagi ruang isi barang yang akan di shopping kat sana. Shopping apa yang orang kirim je sebab main objective aku nak melawat tempat yang aku tak sempat sampai lagi sebelum ni.

Boarding Pass (Web Check-in)

Doakan aku selamat pergi dan pulang yer. Nak blah ni. Packing apa yang patut. Ketemu lagi di lain entry post.

Thursday, December 6, 2012

Wednesday, December 5, 2012

Chinese Muslim : Mukmin Jaya Seafood Restaurant

Last night aku join housemate aku jadi guide untuk member dia yang datang ke Melaka. Member dia ada meeting kat Melaka. Di pendek kan cerita sebab malas nak taip panjang-panjang, housemate aku ni pun bawa la kami makan kat Mukmin Jaya ni. Kebetulan aku pun tak pernah lagi makan kat sini. So secara tak sengaja dia bawa aku sekali.

Melihat kepada menu-menu kat restoran ni memang mengiurkan. meleleh air liur aku secawan. eeee. OK tu tipu semata-mata. haha.. They have a variety of food. from ayam sehingga la ke itik, then from lembu sehingga la ke rusa, sayur- mayur, ikan-ikan dan pelbagai jenis minuman.

Kami order daging rusa black pepper, sweet and sour chicken, baby kailan masak minyak (sebab gravy dia minyak semata-mata), Telur dadar, tiga pinggan nasi kosong dan tiga jenis air minuman. Guess how much? Its only RM45. consider cheap what? So reasonable. FYI this is my first time ever makan chinese muslim food. Sebelum ni ada gak teringin but nobody guide me.

Kedai ni dekat lot kedai baru area simpang empat tak sekata kat Limbongan. anyway this is the map for you all sebagai guidse.

bertanda merah tu la area Mukmin Jaya berada

Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe at Tesco Cheng, Melaka

Sekarang ni semua tak henti-henti bercerita tentang durian crepe. Tak kira la dari Facebook, Twitter, blog, surat khabar, radio, dan Televisyen. #eh televisyen ada ke? Ada la kot cuma aku je yang menonton. huhu..

Packaging
Semalam aku berbelanja di Tesco dan secara bukan kebetulan aku beli la 2 ketul durian crepe yang menggunakan durian D24. RM3 seketul. Nak cuba punya pasal aku pun belilah 2 ketul. tapi kalo beli 8 ketul hanya RM20 je. Jatuh RM2.50 seketul.




Tentang rasa tak payah cakap la memang mabelesss, superb muperb segala bagai. First bite je korang akan rasa nak tambah 10 ketul lagi. Tapi aku sarankan janganlah makan banyak-banyak. Durian ni panas. Tak tido malam korang nanti. Aku ni pun tekak pedih je ni. Melantak durian je keje aku.

Oh ya selain kat tesco ni ada gak yang menjual Durian crepe ni dengan cara meng'advertise' kat laman sosial dan blog peribadi mereka. Just taip "Durian Crepe" kat google search and u will get any info about that snack.

Monday, November 26, 2012

No Subway Restaurant in Melaka

Hari ni kat paper STAR ada kupon subway - Free one 6" sandwich when purchase any 6" sandwich and a 22oz drink. Tapi malangnya kat Melaka ni takde satu pun Subway Restaurant. So no use la distribute kupon ni kat Melaka dik Non.

Hanya cadangan hiasan

Aku pernah mengusulkan cadangan kat kawan aku supaya dia buka franchise Subway kat Melaka ni. Tapi katanya takyah berangan kalo takde sejuta. Pastu ada gak pernah berangan dengan classmate aku kat Melaka ni nak buka franchise. Tapi tu hanya angan-angan je la. cobaan bukan betul-betul.

Kepada franchiser-franchiser di luar sana silalah buka Subway Restaurant kat Melaka ni. Satu pn jadilah. Takkan nak pegi Klang Valley or Johor kot semata-mata nak makan sandwich Subway. Ni dia link untuk enquire franchise for Subway Restaurant. Good Luck #eh.

P/S: Thanks miss Google for da Pict.

Thursday, November 22, 2012

Hikmah @Jumaat #010






P/S: Thanks Miss Google.

Tuesday, November 20, 2012

Statistik Blog Aku Sedehh

kembali aku bersiaran setelah cuti selama seminggu. Tu la sebabnya mengapa statistik kunjungan blog aku ni sedehh. Mana nak sempat update dah nama pun coti kan. ada ko kesah dengan blog. better spend masa kat benda yang jarang buat dan selalu buat, yakni makan tido makan tido. haha..


Last week kan public holiday deepavali dengan Awal Muharam. Pastu aku ada pulak off day 2 hari plus akuamek annual leave sehari. x seminggu ko coti. huhu. Korang sekalian silalah berkunjung sekerap mungkin kat blog aku ni. kesian aku.. haha.. boleh pulak macam tu. Tu je la setakat ni. jumpa di zaman lain. #eh

Saturday, November 10, 2012

Unexpected Exam Result #UiTM

Alhamdulillah semalam aku received exam result yang sangat menggembirakan aku. And it was never expected. Ye la even sebelum ni pun aku penah received quite better than this. And it was happen on the second time. Beza cuma 0.09 je dari result yang lepas.

I really puas hati with that and I would like to thanks to my lecturer yang tak jemu mengajar. Mengorbankan masa bersama keluarga di hujung minggu semata-mata nak hadir mengajar kami. Maklumlah Kami ni pelajar ePJJ, kelas hari ahad je.

Appendix 1
Aku langsung tak expect yang subject programming dapat cemerlang. Ye lah mana la aku tau nak program-program ni. Basic pun takde. Sangat memeningkan kepala di saat itu. Nasib baik la ada bantuan rakan-rakan sekelas yang mahir. Dapatlah jugak tunjuk ajar dari mereka. Dan juga Kak Mai sebagai partner group aku yang gigih menyiapkan assignment. Thanks you all. Syukur Alhamdulillah~

Monday, November 5, 2012

Pay MPHTJ compound with pride

Komain banggo lagi aku kene kompaun pun nak update kat belog. Bukan apa aku just nak share je amount kompaun, macam mana kalo tak nak kene kompaun, bila patut bayar kalo kene kompaun, kat mana nak bayar kalo kene kompaun dan apa-apa lagi la. Khususnya kompaun kat area Melaka Tengah ni. Sharing kan Caring. Tak gitu senah. *Senah angguk

Ahaa.. untuk maklumat korang Daerah Melaka Tengah ni ada dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), yakni Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lain pula dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di mana dua PBT ini hanya menjaga daerah masing-masing sahaja, Alor Gajah dan Jasin.

Back to the story, Petang tadi aku di kompaun oleh MPHTJ kat Area Melaka Baru. Memang cekap betul penguatkuasa ni. Ke memang dia dah aim aku dari masa aku sampai? curious betul aku ni. Aku pun terus pegi bayar sebab mengikut apa yang telah diberitahu jika membuat pembayaran dalam masa 24 jam kita hanya perlu bayar RM10 sahaja dari kadar kompaun bernilai RM30. Aku pegi bayar kat Melaka Mall, cepat sangat. Padahal takde orang pun.

ini la dia kompaun yg aku kene tadi
Actually bende ni boleh di elak dengan mempamerkan kupon gores dan menang yang boleh dibeli dari kedai runcit, kedai makan, dan tempat-tempat terpilih. Kupon gores tersebut berharga RM6 /book. Pada mulanya cultural shock gak sebab kat Klang Valley guna bayar dan peraga. Moden sangat tau Klang Valley. Mati la aku kene sesah pasni.

Contoh kupon gores dan menang MBMB

contoh kupon letak kereta MPHTJ but now MPHTJ & MBMB da sekalikan kupon
Jika terkena juga dengan kompaun ni, sila jangan panik. korang boleh pegi kat kaunter bayaran utama atau kaunter bayaran kiosk/pondok yang bersepah. Yang aku perasan kaunter bayaran kompaun ni aku pernah nampak kat depan Maybank Melaka Raya. Selain itu ada juga kaunter bayaran pandu lalu.

Disebabkan malas untuk menaip lebih panjang lebar aku membuat keputusan untuk letak pautan semua PBT yang ada di Melaka ni. Sila klik yang berkaitan.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

P/S: Pembayaran menggunakan wang pos juga di terima. Ini menurut pengalaman kawan aku dari Klang yang pernah kene ketika datang melawat Melaka.

P/S2: Bukan suka nak bayar kompaun ni. cuma lupa je nak gores. kebetulan pulak kupon gores tu dah habis.

Man Asam Pedas

Lama dah aku tak update kat blog ni. Maklum la busy sikit lately even kelas PJJ tgh on break. sebut pasal PJJ ni teringat balik yang result kuar this week. Kalo tak silap baca update kat group tadi on 9 November. dup dap dup dap * heart beat. Pray that everything gonna be okay. *raise hands

Okay kembali kepada keutamaan entry ni. Last night pegi melantak asam pedas kat kota laksamana. tapi ni bukan kat area Hajah Mona tu. Ni kat area Jalan Ong Kim Wee. The taste is not bad. I am satisfied with it. Nama kedai dia Man Asam Pedas. Nak bagi link google maps tak bleh plak pasal tak update lagi. sebab tempat tu quite baru gak la.

Kedai tu somewhere in the red dot
Aku recommend korang pegi situ rasa. harga pun reasonable. Asam pedas Pari dan Kembung plus Teh Tarik dan Teh O about RM17.20.

Monday, October 29, 2012

Day of Submitting

Hari ni submit apa yang patut. Tapi kad matrik pelajar aku pulak lupa bawak. Adeh kene la balik umah dulu pastu baru pegi submit semua sekali. Aku buat ni semua untuk family khususnya untuk parents tercinta. InsyaAllah dipermudahkan Allah hendaknya. Sahabat karib aku cakap kalo niat kita baik, insyaAllah akan dipermudahkanNya. Ameen.



hope that everything gonna be ok. Korang pun tolong yer doakan kejayaan aku. nak tau entry ni pasal apa? eheh kalo berjaya nanti aku bagitau apa dia sebenarnya. nantikan next entry. *wink

Sunday, October 28, 2012

Teman a.k.a Sahabat

Aku percaya mesti korang ada sahabat. Kalau tak ramai pun sorang mesti ada kan? Macam tu la aku. Bagi aku sahabat adalah orang kedua yang paling rapat selain pasangan. Yang pertama dah tentu la family kan.

Menurut sumber dari kamus pelajar edisi kedua, sahabat juga dikaitkan dengan rapat dan karib. Manakala bagi kamus dewan edisi keempat pula berkait dengan kawan, teman dan taulan. Manakala menurut insiklopedia bebas Wikipedia, Persahabatan adalah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:
  • kecenderungan untuk mengingini apa-apa yang terbaik bagi pihak lain;
  • Simpati dan empati.
  • Kejujuran khususnya dari segi menegaskan kelemahan pihak yang lain; dan
  • persefahaman.

Kesimpulannya sahabat adalah tempat terbaik untuk apa yang telah disebut sebagai berkongsi masalah, meminta pandangan dan tempat bergurau dalam hidup kita. The best quote bagi aku adalah "The secret to friendship is being a good listener" dan lagu yang terindah adalah;


Layan~

Saturday, October 27, 2012

Idul Adha yang tidak tersangkakan

Hari raya kedua Idul Adha ni aku kerja. tapi semalam sangat tak tersangkakan kerana aku bersangka bahawa aku takkan dapat beraya dengan family di Klang. Tapi alhamdulillah dengan perkenan Allah Taala aku akhirnya dapat beraya dengan mereka di sana.

sekadar hiasan sumbangan gugel

Pada mulanya memang aku pasti 100% takkan balik beraya bersama mereka. Tapi semuanya berubah setelah aku sampai di rumah sewa pada pkul 12.30am pagi raya tersebut. Muka aku mula mengukir senyum lebar apabila dapat balik kampung keesokan paginya. ahh tidur senyum malam ni kata hatiku. ahah..

So pagi tu bangun terus siap-siap. Pegi Paya Emas dulu sebab beraya kat umah abang housemate aku. Then dalam 10.30am bertolak la ke Pulau yang Indah di Klang. Sampai sana pukul 12.30. 2 jam perjalanan tanpa henti.

emak terperanjat dengan kepulangan anakandanya. Di mana dia telah ku beritahu bahawa aku takkan pulang raya ni. Memang rezeki aku nak makan rendang mak.

Bertolak semula pulang ke melaka pada pukul 9.30pm hari yang sama. Tidak mengapalah walau sebentar kepulanganku. Itu pun sudah mencukupi dapat melihat orang tua ku di hari lebaran. Syukur~

P/S: takde pic sebab malas nak snap. :P

Thursday, October 25, 2012

Idul Adha 2012 Wishes

Salam Idul Adha dari aku. Kepada yang memandu pulang ke kampung have a save journey. Kepada yang dah berada di kampung tu selamat mengacau dodol. eh silap. Selamat mengacau rendang. Selamat memotong lembu, kambing, unta etc.

Aku je yang tak balik kampung raya ni. Beraya di Melaka je tahun ni dengan housemate. sob~

Wednesday, October 24, 2012

Khidmat Pelanggan yang memuaskan

Ucapan selamat datang di ucapkan sambil senyuman mesra dilemparkan kepada pelanggan yang datang. itulah yang aku terima apabila berkunjung ke CIMB bank cawangan Batu Berendam tadi. Tujuan aku kesana adalah untuk membuat pembayaran loan ASB dan membuat debit kad.

CIMB mana tah
Layanan yang di berikan adalah sangat memuaskan hati aku. oh ya sangat cepat servis mereka. semua staf tersenyum kepada setiap pelanggan yang datang membuat transaksi. kecuali pengawal keselamatan *bunyi cengkerik.

ni bukn CIMB Batu Berendam
Ketika selesai segala urusan sambil berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar dari situ seorang staf khidmat pelanggan mengucapkan terima kasih kepada aku. Ketika itu staf itu sedang mengajar seorang pelanggan menggunakan kiosk apa tah aku pun tak pasti. Kurasakan hariku ceria ketika itu selepas agak kecewa dengan kereta aku yang buat hal. boleh pulak minyak hitam bocor. haish..
u make my day~
Terima kasih CIMB Batu Berendam kerana hariku ceria semula. sehingga aku menaip entry ini senyuman masih tidak lekang di bibir. Sila muntah ijo dengan ayat entry aku yang sangat berorientasikan customer service ni... haha

P/S: segala image adalah dari sumbangan gugel!

Wordless Wednesday :: Masterchef Malaysia 3


Tuesday, October 23, 2012

Perpustakaan Kini

Apa yang anda fikirkan apabila perkataan Library atau pun Perpustakaan di sebut? Tentu yang terlintas di fikiran adalah sebuah bangunan yang dipenuhi dengan buku, tempat yang sunyi sepi seperti bangunan tinggal dan yang lebih menakutkan anda adalah an old woman with no smiling face at all and she will staring at you when you make a noise like a hungry tiger.

Haip! Jangan bising
Kini itu tiada lagi kerana perpustakaan kini adalah mesra pelanggan. Mereka lebih mengutamakan pelanggan untuk datang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Mereka juga mengadaptasi sistem-sistem moden bagi lebih memudahkan lagi pengguna untuk mengakses dengan lebih cepat bahan-bahan yang di perlukan.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
 Peminjaman dan pemulangan bahan kini juga lebih mudah dengan adanya sistem peminjaman layan diri (self checkout) dan pemulangan bahan yang dikenali sebagai 'Book Drop". Selain itu ruang-ruang khas juga disediakan, seperti 'kids corner' yang yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku.

Perpustakaan Raja Tun Uda, PPAS
 Untuk pengetahuan anda perpustakaan terbahagi kepada 5 jenis - Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Khusus dan Pusat Sumber. untuk maklumat lanjut klik sini.

Book Mall PPAS
 Kini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) seiring dengan kemodenan membina dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih untuk menarik minat pengguna bagi menggunakan perpustakaan sebagai tempat menimba ilmu dan sekali gus menjadi pusat riadah keluarga yang sesuai bagi semua peringkat umur. Pepustakaan ini menyediakan kemudahan Gym, cafe, Teater 3D dan XD, perkhidmatan Wi-Fi dan lebih mengagumkan adalah perkhidmatan coaster antara perpustakaan tersebuat dan Kompleks PKNS. Untuk maklumat lebih lanjut klik sini.

A part of the books
Kids Corner
Gym @PPAS
Kesimpulannya bahawa apa yang anda fikirkan tentang perpustakaan bahawa ianya bangunan tinggal yang sunyi dan wanita tua yang lapar menghantuinya adalah salah sama sekali. Jangan berlengah lagi. Bahawasanya :-
SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA SENYUMAN.
SEKALI KLIK SEJUTA MAKLUMAT.

Pinjam qoute yer PPAS.. eheh :) Sehingga bersama di segmen perpustakaan yang akan datang!

P/S: Idea adalah dari blogger sendiri dengan apa yang telah dipelajari selama pengajian dan bersumberkan rujukan yang telah di link kan. Sekian. 

Friday, October 19, 2012

Obsessed with Aviation

Pssstt~ Korang nak tau satu rahsia tak? Haa seperti yang termaktub kat tajuk entry ni. Aku adalah seorang yang obses dengan penerbangan. Jangan bagi tau orang lain pulak aku ada obsesi yang sebegini rupa. maklum la aku ni pemalu *blushing jap. Anything pasal penerbangan aku akan ambil tau. Tak kira la dari segi apa pun. Tiap-tiap pagi sebelum cop hak milik kat surat khabar tu aku akan selak-selak. Bila ada je artikel tentang aviation aku akan stop dan baca sampai habis. The latest one aku baca AirAsia batal hasrat untuk jadi share holder dengan Batavia Air, Indonesia. Erk mungkin ada latest news lagi about aviation selain info tu.

While queue to fly high

with my former colleague. jakun jap!

Tapi dalam obsesi tu pun aku baru naik flight sekali je sepanjang aku hidup 25 tahun ni. Tu pun tahun lepas. That time former company punya staff trip ke Sabah. Dan jika di izinkan Allah aku akan naik flight lagi bulan 12 nanti. It's time for Langkawi bebeh.. haha..

Now I also can fly..
lagi perkara yang lebih haru, aku pernah menghadirkan diri ke interview Cabin Crew MAS. Quite nervous sebab ramai giler candidate yang datang masa tu. Aku antara yang terawal datang. Tapi aku tak lepas atas sebab-sebab tertentu. Takpe la mungkin belum rezeki aku lagi atau memang bukan rezeki aku dalam bidang 'kestewardan' ni.. huhu rosak bahasa.

Boarding Pass

Abaikan model dari agensi Uganda tu
OK da touch down

Anyway aku ada follow 2 blog yang sometimes bercerita tentang aviation. Dan masing-masing adalah pramugara dan piloting student yang sekarang menanti tawaran kerja. If I am not mistaken. Cukup sampai di sini saja. Sehingga mengarut lagi.. haha

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers