Pada mulanya Ibu Ana hanya meminta izin denganku untuk bertukar tempat denganku di dalam pesawat. namun apabila tiba di Cam Ranh International Airport (IATA: CXR), kami bertemu kembali di dalam barisan bagi urusan imigresen. Dari situ kami mula bertemanan dan menjelajah Nha Trang bersama. Dapat la berjimat dari segi pengangkutan.
Po Nagar Tower
Hari Pertama 8/2/2018
- Mendarat di Cam Ranh International Airport - Beli kad sim Vinaphone VND150,000. Valid untuk 10 hari sebanyak 15GB jika tiada kesilapan.
- Menaiki bas Dat Moi dari airport ke bandar Nha Trang yang mengambil masa 30-40 minit, VND50,000 (Boleh bagi tau konduktor bas alamat hotel, nanti dia akan catit dan bagi tau tempat turun korang).
- Check in di The Alley Hostel VND906,000(USD39.90)/2 nights. Staff yang peramah dan bilik yang bersih. Tiada saluran TV tempatan kerana hostel ini menyambungkan televisyen dengan internet. Layan YouTube je.
- Akibat lapar jalan kaki pegi A&M Fastfood (Halal) - VND125,000 set termasuk homemade burger daging + kentang goreng + air tin Pepsi.
- Bas (Xe Buyt #4) ke terminal kereta kabel Vinpearl - VND7,000 (pegi ambil angin laut yang sejuk time ni).
- Bas (Xe Buyt #4) pulang ke Bandar Nha Trang - VND7,000.
- Jalan di tepi pantai sepanjang Pantai Nha Trang dengan ombak yang kuat.
- Teksi (Mai Linh, warna hijau) ke stesen keretapi Nha Trang - VND22,000/3=VND7333.
- Teksi (Mai Linh, warna hijau) dari stesen keretapi Nha Trang ke Pasar malam Nha Trang - VND22,000/3=VND7333.
- Souvenir VND100,000.
Nha Trang Night Market
Hari Kedua 9/2/2018
- Biskut dan air mineral - VND19,000.
- Berjalan di tepi pantai pada waktu pagi di tepi pantai ke Muzium Alexander Yersin.
- Tiket masuk ke Muzium Alexander Yersin - VND20,000.
- Teksi dari Muzium Alexander Yersin ke Po Nagar Tower - VND48,000/3=VND16,000.
- Tiket Masuk Po Nagar Tower - VND22,000.
- Teksi dari Po Nagar ke Long Son Pagoda - VND41,000/3=VND13,600.
- Lotte Mart VND99,400. Beli buah dengan susu pisang Korea dan makan nasi goreng vegetarian di food court.
- Teksi dari Lotte Mart ke Pasar Dam - VND38,000/3=VND12,666.
- Singgah minum kopi di sebuah kedai sekitar Pasar Dam - VND19,000.
- Souvenir - VND440,000.
Nha Trang Beach Landmark
Hari Ketiga 10/2/2018
- Bas Dat Moi ke Cam Ranh International Airport - VND50,000.
Grand Total = VND2,071,332
Nota:
- Pada hari kedua dalam pukul 7.00pm waktu tempatan, aku membawa haluan sendiri selepas Ibu Ana dengan anaknya menaiki bas ke Hoi An.
- Teksi yang boleh dipercayai adalah Mai Linh dan Vinasun. Mereka adalah teksi bermeter kerajaan yang sah menurut dari blog yang dibaca dan terbukti sepanjang aku di sana.
- Tidak ke Vinpearl Island kerana akan punya alasan untuk ke Nha Trang lagi nanti.
- Tukaran wang asing tersebut adalah pada masa tersebut sahaja.
- Gambar boleh rujuk di Facebook page Belog Pena Maya