lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Friday, August 24, 2012

Orang Putih baca blog melayu!

Pagi ni apabila aku dok belek belog aku tetiba ternampak penyekodeng dari Medina, Washington.. Homai English. adakah ini sebuah ilusi di pagi hari? aku mula menyuap kuih raya kedalam mulut. ya! ini bukan ilusi atau mimpi di siang hari. Ini adalah kenyataan. Obama kah?

klik appendix untuk tumbesaran menyeluruh dengan dugrow

Namun apabila aku ingat dan amati kembali, oh bukan Obama la~ It is Miss Khalida yang semalam baru tiba di sana untuk memulakan pengajiannya. Tak pasti apakah bidang yang di kaji. Mungkin business study kerana sebelum ini dia pernah melanjutkan pengajian dengan Canadian Pre University dalam business study tapi terhenti di tengah jalan dan memulakan pengajian di CILC.

Apa-apa pun semoga sukses untuk Khal. Bertuah la dapat belajar jauh2. Bagi aku 'UiTM dihatiku~' Modus operandi entry kali ini adalah "saja bikin GEMPAK!"

P/S: tuntut la ilmu sehingga ke negeri China

Wednesday, August 22, 2012

Dah tak cuti seminggu

Start semalam aku da mula bekerja. masa datang keje tu sunyi je. *bunyi cengkerik* Aku orang first yang sampai opis. Aku jadi tak konpiden nak keje. mana la tau kan mereka ni tetiba last2 minit pulak plan tutup lagi satu hari extra pastu tak inform aku. Tambahan pulak aku nampak kelibat putih. OK tu tipu. haha..


 Tak lama pastu datang la Kak Hajar dan seterusnya. Culture shock sekejap sebab setiap tahun sebelum ni aku memang cuti seminggu. But now I have to sacrifice memandangkan aku staff baru kat sini. Lagi pulak, kat sini takde multi racial macam kat tempat lama. Yang boleh cover kita. Demikian la cerita aku yang bertajuk Dah Tak Cuti Seminggu..

P/S: seram sejuk kan citer aku.. hakhak

Tragedi Petang Raya


Cerita ini yang paling menyayat hati masa sehari sebelum raya phone aku hilang kat hypermarket. sob~ 48 jam gak la aku takde phone. memang ralat la takde phone. ye la mana taknye since aku form 5 aku da mula guna phone. jom tengok flashback.. haha mana ada flashback. tipu je. Pastu raya pertama aku pun pegi la Maxis Center AEON Bukit Tinggi untuk amek balik nombor aku yang hilang tu. Bleh pulak SIM Card habis kata kao. Katanya yang terdekat kat Sunway Pyramid. memang tak la aku nak pegi sana. parking kereta susah nak dapat. aku pun balik ler.



Pastu raya kedua aku pegi lagi. hampa gak. Tetiba *TING* mentol nyala. aku baru ingat kat SACC Mall ada maxis center. hampa gak sebab satu mall tu tutup, da macam umah tinggal gamaknye. Aku pun pegi kat Carrefour Subang Jaya pulak. OK! success dapat nombor. Then terus ushar phone. Memang dah plan nak amek BB sebab adik aku influence.

So bermulalah perjalanan hidup aku dengan BB ni. Tapi dengan contact list yang terhad. semua nombor dah takde. ayark lg satu masalah. so sapa yang kenal aku meh la sedekah no phone korang kat aku. begitu lah flashback saya. eh silap! Begitulah citer sadis saya..

p/s: Sila jangan komen "untung la.." sebab memang tak untung bajet lari~ huwaa..

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers