lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Friday, October 19, 2012

Obsessed with Aviation

Pssstt~ Korang nak tau satu rahsia tak? Haa seperti yang termaktub kat tajuk entry ni. Aku adalah seorang yang obses dengan penerbangan. Jangan bagi tau orang lain pulak aku ada obsesi yang sebegini rupa. maklum la aku ni pemalu *blushing jap. Anything pasal penerbangan aku akan ambil tau. Tak kira la dari segi apa pun. Tiap-tiap pagi sebelum cop hak milik kat surat khabar tu aku akan selak-selak. Bila ada je artikel tentang aviation aku akan stop dan baca sampai habis. The latest one aku baca AirAsia batal hasrat untuk jadi share holder dengan Batavia Air, Indonesia. Erk mungkin ada latest news lagi about aviation selain info tu.

While queue to fly high

with my former colleague. jakun jap!

Tapi dalam obsesi tu pun aku baru naik flight sekali je sepanjang aku hidup 25 tahun ni. Tu pun tahun lepas. That time former company punya staff trip ke Sabah. Dan jika di izinkan Allah aku akan naik flight lagi bulan 12 nanti. It's time for Langkawi bebeh.. haha..

Now I also can fly..
lagi perkara yang lebih haru, aku pernah menghadirkan diri ke interview Cabin Crew MAS. Quite nervous sebab ramai giler candidate yang datang masa tu. Aku antara yang terawal datang. Tapi aku tak lepas atas sebab-sebab tertentu. Takpe la mungkin belum rezeki aku lagi atau memang bukan rezeki aku dalam bidang 'kestewardan' ni.. huhu rosak bahasa.

Boarding Pass

Abaikan model dari agensi Uganda tu
OK da touch down

Anyway aku ada follow 2 blog yang sometimes bercerita tentang aviation. Dan masing-masing adalah pramugara dan piloting student yang sekarang menanti tawaran kerja. If I am not mistaken. Cukup sampai di sini saja. Sehingga mengarut lagi.. haha

Hikmah @Jumaat #009


Tuesday, October 16, 2012

KPTM's Convocation

Lama nau aku rasa tak update blog ni. padahal baru je 5 hari. Actually aku busy dengan final exam untuk semester 6 semalam. Alhamdulillah telah berlalu pengajian aku sepanjang tiga tahun ni. tinggal setahun je lagi. InsyaAllah tahun 2014 aku akan convo. pastu kalau ada rezki dari Allah aku nak sambung Degree pulak. InsyaAllah~

Oh ye sebenarnya aku nak cerita pasal convo adik aku ahad lepas. Kelass kao buat kat PICC. Kaya rupanya KPTM ni kan. Sorry yer tak dapat datang. Tapi dah penah pergi PICC takpe.. hehe.. Tak sangka ko dulu convo dari aku. haha.. Harus la dia convo dulu. Dia 3 tahun je. Aku je yang study 4 tahun.

Kelmarin mak, ayah, adik aku yang bongsu dan tunang dia yang temankan dia. Ok la tu dari takde kan. Nanti aku dengan eton convo ko datang tau. Aku dah tentu la convo kat Dewan Agung Tuanku Canselor.. haha.. kan UiTM dihatiku.. ok la layan imej-imej kat bawah ni.


Ucapan Canselor kot..

Gondol without mortar board.. please suggest to KPTM

with her fiancee

our family hero..

wahh macam datin dah mak aku ni..

P/S: *petik jari. "Mortar board and scroll please.."

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers