lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Showing posts with label aviation. Show all posts
Showing posts with label aviation. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Perang Dunia Z


Last week aku layan World War Z dengan housemate aku. memang betul2 layan citer tu. suspen tahap gaban tengok citer tu. Memang tak bleh dok diam melihat kesuspenannya.

Citer ni mengisahkan satu virus yang telah melanda dunia dimana penghidap virus ni bertukar menjadi zombi dan menggigit manusia lain. Penularan hanya berlaku kepada manusia yang sihat. yang sakit tak digigit (dijangkiti).

bermula huru hara kat sebuah bandar yang aku tak ingat nama bandar tu. Sehingga Gerry dan keluarganya dapat melarikan diri sehingga ke Newark, New Jersey. Terpaksa pulak menunggu penyelamat tiba waktu pagi. Dan mereka telah terselamat.

Gerry pula terpaksa mengikut arahan PBB untuk menemani penyelidik mencari punca sebenar virus tersebut kerana pengalamannya sebelum ini. Keterpaksaannya untuk mendapatkan tempat keluarganya berlindung. Tempat pertama misinya adalah ke Kem Humprey, Korea Selatan. Menemui jalan buntu kerana tiada apa bukti yang dapat di cari. Tambahan pula penyelidik yang di iringi mati. Lalu Gerry sendiri pergi mencari punca di Israel dengan bantuan banduan di sel Kem Humprey.

Setiba di Israel, Gerry menemui jalan buntu kerana akhirnya Israel juga diserang oleh virus (zombi) tersebut. melarikan diri dengan pesawat komersial. disitu dia mengenali Segen, seorang askar wanita tentera Israel. Pesawat komersial tersebut terhempas kerana kekacauan oleh virus (zombi) tersebut. Gerry cedera. Gerry bersama Segen berjalan mencari pusat penyelidikan World Health Organisation.

Lebih teruk lagi tekanan kesuspenannya di situ. kerana virus (zombi) juga telah berada di situ sebelum mereka tiba. hanya beberapa orang sahaja selamat di pusat penyelidikan tersebut. Dimana akhirnya punca tidak dapat ditemui tetapi sebaliknya adalah cara untuk menghalang virus tersebut merebak ditemui.

Filem ni highly recommended. memang mesti tonton. bukan lebih aksi tetapi lebih suspen. hehe..

Turut membintangi filem ini adalah Brad Pitt (Gerry Lane), Mirielle Enos (Karin Lane), Daniella Kertesz (Segen), Fana Mokoena (Thierry Umutoni), Ludi Boeken (Jurgen Warmbrunn), Sterling Jerins (Constance Lane), Abigail Hargrove (Rachel Lane) dan ada lagi.

P/S: Lambat sikit update sebab cuti balik kampung ada kenduri.

Wednesday, May 22, 2013

Malindo Air akan Beroperasi dari Subang Skypark



SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air dijadual akan mula beroperasi dari Lapangan Terbang Skypark Subang, Jun depan.

Laman web Malindo menunjukkan syarikat itu akan menawarkan laluan dari Subang ke Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang dengan tambang serendah RM69 dengan tempoh penerbangan bermula 3 Jun ini.

Malindo akan menggunakan pesawat turboprop baru ATR72-600 yang dibeli rakan kongsinya, Lion Air pada Februari tahun lalu bagi operasi di Subang Skypark.

Pada masa ini, Subang Skypark digunakan oleh Firefly, iaitu syarikat milik penuh Malaysia Airlines dan Berjaya Air.

Selain Subang, Malindo turut mengendalikan pesawat jet tambang murah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Sinar Harian

Tuesday, January 15, 2013

Wordless Wednesday :: Ada lagi murah ke? #AirAsia


P/S: Ada member kepada member aku cakap boleh dapat lagi murah dari yang ni. ye ke?

Saturday, December 22, 2012

Sekolah Atendan Penerbangan Frontier

Guess what i've found today. its a reality series of "Flight Attendant School". Siri ini berkisarkan tentang reality show merekrut atendan penerbangan oleh The Frontier Airlines. Start dari mereka di rekrut sehinggalah mereka tamat latihan. seorang demi seorang tersingkir dari latihan. Ini kerana mereka yang di singkir tidak menepati requirements yang di kehendaki termasuklah lambat datang kelas, tidak lulus ujian saringan kesihatan dan ujian-ujian lainnya.

Flight Attendant School

Aku baru layan episod satu dan dua yang disekalikan. maybe I am only the one yang a bit late to know about this in Malaysia. But anyway I still would like to share it with all of my readers. Really excited to know what is the ending of this six week training and who will be succeed. Enjoy watching everyone.


Ikhlas dari,
Flight attendant in a dream :P

Friday, December 7, 2012

Preparation to fly with AirAsia

Esok officially aku fly dengan AirAsia sendiri. Sebelum ni aku fly dengan my former company, so everything they arrange. Now aku yang arrange perjalanan aku sendiri. Hehe.. Punya kalut tanya my former boss step nak check-in bagai.

Itinerary dah print just in case la kan. Then tinggal nak packing barang2 je. Maybe tak bawak banyak kot. Sebab nak bagi ruang isi barang yang akan di shopping kat sana. Shopping apa yang orang kirim je sebab main objective aku nak melawat tempat yang aku tak sempat sampai lagi sebelum ni.

Boarding Pass (Web Check-in)

Doakan aku selamat pergi dan pulang yer. Nak blah ni. Packing apa yang patut. Ketemu lagi di lain entry post.

Friday, October 19, 2012

Obsessed with Aviation

Pssstt~ Korang nak tau satu rahsia tak? Haa seperti yang termaktub kat tajuk entry ni. Aku adalah seorang yang obses dengan penerbangan. Jangan bagi tau orang lain pulak aku ada obsesi yang sebegini rupa. maklum la aku ni pemalu *blushing jap. Anything pasal penerbangan aku akan ambil tau. Tak kira la dari segi apa pun. Tiap-tiap pagi sebelum cop hak milik kat surat khabar tu aku akan selak-selak. Bila ada je artikel tentang aviation aku akan stop dan baca sampai habis. The latest one aku baca AirAsia batal hasrat untuk jadi share holder dengan Batavia Air, Indonesia. Erk mungkin ada latest news lagi about aviation selain info tu.

While queue to fly high

with my former colleague. jakun jap!

Tapi dalam obsesi tu pun aku baru naik flight sekali je sepanjang aku hidup 25 tahun ni. Tu pun tahun lepas. That time former company punya staff trip ke Sabah. Dan jika di izinkan Allah aku akan naik flight lagi bulan 12 nanti. It's time for Langkawi bebeh.. haha..

Now I also can fly..
lagi perkara yang lebih haru, aku pernah menghadirkan diri ke interview Cabin Crew MAS. Quite nervous sebab ramai giler candidate yang datang masa tu. Aku antara yang terawal datang. Tapi aku tak lepas atas sebab-sebab tertentu. Takpe la mungkin belum rezeki aku lagi atau memang bukan rezeki aku dalam bidang 'kestewardan' ni.. huhu rosak bahasa.

Boarding Pass

Abaikan model dari agensi Uganda tu
OK da touch down

Anyway aku ada follow 2 blog yang sometimes bercerita tentang aviation. Dan masing-masing adalah pramugara dan piloting student yang sekarang menanti tawaran kerja. If I am not mistaken. Cukup sampai di sini saja. Sehingga mengarut lagi.. haha

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers