lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Showing posts with label Journey. Show all posts
Showing posts with label Journey. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Cuti2 Malaysia Cameron Highland 2013

Dua minggu lepas aku dan 2 lagi kawan aku bercuti-cuti Malaysia di Cameron Highland. Aku cuti selama seminggu kerana event yang berturut. Mana taknya event larian aku selang seminggu je. alang2 dah menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan orang kata. hamek ko seminggu aku bantai cuti.

Maka bermulalah perjalanan hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu menuju ke cameron highland dengan si ajjar yang setia. Hari pertama pada pukul 7 lebih pagi kami da terpacak kat lata Iskandar. Bukan mandi tapi dok berposing kat waterfall tu. Subhanallah ciptaanNya.

Lepas agak puas berposing kat situ dan tak tahan dengan kesejukan kawasan waterfall tersebut kami beredar. Lebih kurang pukul 9 pagi kami tiba di tanah rata. First of all check status bilik yang kami booking. ok clear. boleh check in pkul 2pm. Terus ke Brinchang untuk melihat keadaan disana. maklumla da lama tak pegi. ada juga perubahan di sana sini. Kami berjalan di Kea Farm.

Hampir pukul 1 kami menuju ke lodge penginapan kami di tanah rata.Alhamdulillah boleh check in awal. Melelapkan mata dek kerana kepenatan memanjat jalan ke Cameron. Terbangun terus mandi. Keluar cari makan. kelapauran memasing. Lepas makan jalan ke taman yang tak jauh dari lodge penginapan kami. Ambil angin kedinginan petang tu. Lebih kurang pukul 6 kami bergerak menuju ke Brinchang. tetapi jeng jeng jeng.. terserempak pasar malam kat situ yang aku sangka hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Memang luck kami la dapat jumpa pasar malam tersebut pada hari biasa. Atau mungkin pasar tersebut beroperasi pada hari biasa kerana pada waktu tersebut adalah cuti sekolah. mungkin la. Sebab dari info yang aku dapat dari classmate aku pasar tersebut beroperasi pada hujung minggu sahaja.

Hujan so kami balik ke lodge dan diner makanan yang telah di beli dari pasar tadi. unfortunately lebih kurang pukul 10 rasa lapar nasi then kuar cari makan. lepas makan jalan2 ke brinchang. Lalu semula kawasan pasar malam tersebut. da tutup. terus ke brinchang. pun takde apa. Balik tido. tamat hari pertama. kbai!

P/S: dah seminggu lebih entry ni dok dalam draft.. huhu
P/S: Gambar kemudian sebab da basi..

Wednesday, May 22, 2013

Malindo Air akan Beroperasi dari Subang Skypark



SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air dijadual akan mula beroperasi dari Lapangan Terbang Skypark Subang, Jun depan.

Laman web Malindo menunjukkan syarikat itu akan menawarkan laluan dari Subang ke Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang dengan tambang serendah RM69 dengan tempoh penerbangan bermula 3 Jun ini.

Malindo akan menggunakan pesawat turboprop baru ATR72-600 yang dibeli rakan kongsinya, Lion Air pada Februari tahun lalu bagi operasi di Subang Skypark.

Pada masa ini, Subang Skypark digunakan oleh Firefly, iaitu syarikat milik penuh Malaysia Airlines dan Berjaya Air.

Selain Subang, Malindo turut mengendalikan pesawat jet tambang murah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Sinar Harian

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 :: Terima Kasih Cikgu

Teringat kembali sewaktu masih di bangku sekolah dulu. Sudah sembilan tahun aku meninggalkan zaman persekolahan kerana dek tuntutan hari tua. seperti baru meninggalkan alam persekolahan. seperti baru semalam.


1992 - 1993; Seawal usia 5 tahun aku telah mendapat pendidikan di Tadika Kemas Pulau Indah. Bermakna aku berada di Tadika selama 2 tahun. sehingga aku berumur 6 tahun. masih segar diingatan dimana aku mengenakan uniform kotak2 kecil berwarna merah putih. kami waktu tu rasa cute sangat. hehe.. Pada waktu itu tenaga pengajar adalah cikgu Ros. Dan selama 2 tahun itulah dia mengajar kami di institusi tersebut.

1994 - 1999; Apabila aku berusia 7 tahun, aku didaftarkan ke Sekolah Kebangsaan Pulau Indah. Maka bersekolahlah aku  disitu selama 6 tahun lamanya sehingga aku darjah enam. Masih ada segelintir cikgu yang masih mengajar disitu sehingga sekarang. Setia mendidik anak2 pulau. Mereka juga adalah antara yang menyaksikan pembangunan pulau tersebut dari mulanya sistem perhubungan yang hanyalah satu2nya adalah bot dan sampan sehingga berdirinya sebuah jambatan yang menghubungkan ke tanah besar semenanjung Malaysia.


2000 - 2004; Tamat sahaja pendidikan di tahap rendah, Aku memulakan pendidikan di tahap menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah yang letaknya hanyalah selangkah dari sekolah rendah aku dulu. Disini juga aku melihat masih ada guru yang setia mengajar anak pulau sehingga sekarang. terlihat kesungguhan mereka mencurah ilmu kepada anak bangsa.

2005; Pendidikan aku terhenti separuh jalan ketika di tingkatan enam dimana ketika itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku tidak menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

2009 - kini; Sehingga pada suatu hari aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan pendidikan tinggi di UiTM dalam pengajian pengurusan maklumat. Dimana pada masa itu aku telah bekerja di institusi pengajian tinggi swasta dan melihat bahawa umur bukanlah penghalang untuk menyambung pelajaran dan tiada perkataan terlambat dalam menuntut ilmu. Kini aku telah berada di tahun akhir dalam masa 4 tahun diperuntukkan untuk pengajian ini.Aku bercadang untuk menyambung pengajian ke tahap seterusnya.

2006/2007; Tidak lupa juga pendidikan memandu yang aku terima di Institut Mandu Cekap Hi-Tech Shah Alam. Dengan apa yang diajar aku kini dapat memandu mencari rezeki dan membawa orang tuaku mengurus dan menyelesaikan kerjaan mereka dan bercuti. Alhamdulillah..

Kamu semua (pendidik, tenaga pengajar dan pensyarah) adalah obor yang menerangi kami. Tak jemu mencurah bakti. walaupun kini pendirian ibu bapa telah berubah rupa.


Monday, May 13, 2013

Bas London di Melaka

Last week on wednesday my parents coming to Malacca all over from DUN Pelabuhan Klang. Haha. Lawatan Sambil menyalam minum air. Maybe I can call it as advanced mother's day day out. so sweet. vomit 10 times and it is green in color. haha.

This Malacca tour is also guide in collaboration with my housemate. Eh ter'speaking' London pulak. Masa ni sebenarnya nak bawak mereka naik Menara Tamingsari. Suddenly ternampak pulak bas London dua tingkat ni. Apa lagi mak pun excited la nak naik. bukan setakat mak je. Sampai aku pun naik excited gak. First time naik nih. Tak penah nampak sebelum ni. tetiba muncul depan mata.

Laluan bas London ni bermula dari dataran Menara Tamingsari yakni di Jalan Merdeka - melalui hadapan hotel Equatorial, Jalan Parameswara - Seterusnya Jalan Bukit Senjuang - Memasuki Jalan Laksamana Cheng HO - Jalan Munshi Abdullah - Jalan Hang Tuah - Jalan Ong Kim Wee - Jalan Tun Tan Cheng Lock - Jalan Kubu - Memasuki semula Jalan Hang Tuah - Menuju ke Jalan Tun Mutahir - Menuju ke Jalan Tun Sri Lanang - Terus ke Jalan Bendahara - Jalan Laksamana dan kembali semula ke dataran Menara Tamingsari di Jalan Merdeka.

klik peta
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam dengan kelajuan anggaran 40KM/j. Tambang bagi satu perjalanan adalah berjumlah hanya RM5 dewasa dan kanak-kanak tidak dapat dikenal pasti kerana dalam kumpulan kami tiada kanak-kanak. Waktu operasi adalah daripada pukul 6 petang sehingga 10 malam mengikut sambutan yang diberikan. Sumber adalah dari pak cik pemandu bas tersebut.

My inspire

Sister

Who else if not me. hehe

abaikan pelancong indonesia dibelakang tu.

tukang snap parkinson jap. sebab tu blur.

ni namanya enterprem anak beranak.

Wednesday, October 5, 2011

Journey to the State Below the Wind

Salam 1 Malaysia untuk semua even di kalangan korang reader dari US, Japan, Germany, Canada, Slovenia, China and Argentina.. kalo Indonesia dgn Singapore tu bleh la consider lagi.. paham gak la ape yang aku tiop kat sini..

Ok back to the story pasal Land Below the Wind ni. Sape tak tau pegi amek Kajian Tempatan balik.. This trip was on 9 September sampai 11 September 2011.

DAY 1

Pepagi buta da tunggu bas since pukul 2.00am on 9 September tu. Ape lagi aku dengan Mr Fadzli tunggu la kat McD sambil makan Big Mac tengah2 malam. Then datang plak si Azizee join skaki. Oh ya kredit to our driver sebab hantar kami pepagi buta tu. then blek lagi lepak skali tunggu padahal esok pagi gigih nk bangun pegi keje.

Memang berkobar la nak pegi trip tu. mana taknye first time kot naik Belon. hihi.. Bas pun sampai la dalam pukul 3 tu amek assembler kat TCSJ then gerak ke Lakeside plak. OTW to LCCT kitorang dapat bakery & drinking water dari committee yang katanya complimentary dari SHT (School of Hospitality & Tourism). melantak lagi la.
Pastu lost tetiba sebab aku membuta. Tetiba je da sampai LCCT then tunggu la flight pukul 7 lebih. while waiting kami ("kami" is aku, Azizee, Fadzli, Kak Masrina, Kak Hanani, Kak Wilmina, Kak Mala, Kak Shuhada) dok melangut kat food court LCCT tu. Tup tup da nak boarding. jauh kot jalan kaki sampai ke flight tu. tapi excited punya pasal gagahkan gak.



Sampai je kat KKIA Terminal 2 kitorang di sambut oleh Tourist guide dan warga tempatan yang lengkap berpakaian tradisional orang2 sana. cer teka kitorang dapat ape? tadaaaa... dapat rantai manik halus2..



Pastu naik bas terus ke hotel. Hotel kitorang nama Courtyard. Hotel ni best sebab attached skali dengan dengan Shopping Mall yang besar kat sana, its 1 Borneo..

Lepas je check in then turun makan. Lepas makan membuta lagi sampai pukul 4 petang..hehe.. sebab tak tido lebih dari 24 jam punya pasal. Siap2 terus.. pukul 4.30pm bas datang amek kitorang nak bawak pegi Pasar Filipina.


Muka2 lepas shopping

Lepas je shopping dalam pukul 7 lebih tu terus pegi dinner. Dinner is provided. kat mana ntah tempat ni aku pun da hilang ingatan. So makan puas2 la.. hehe.. Pastu ada plak game puzzle. Group aku da menang time tu. tapi dorang buat skali lagi. group lain plak menang. tapi takpe la ada hikmahnya sebab hadiah pun takde. huhu.. kesian..

Sayur yang kat depan skali ni best..

DAY 2

Hari kedua plak terjaga dalam pukul 6 lebih kurang macam tu la. tengok kat tingkap da terang macam pukul 8 pagi waktu semenanjung. memang da terang la waktu tu..huhu.. Siap2 terus pegi Breakfast kat level 6. hampeh je rasanye. tapi takpe la free je pun..haha.. Siap je makan terus turun untuk tunggu bas for the whole day journey. sebab apa? sebab dia BEST!!!!

First place yang di lawati ialah Kampung Gombizau yakni kampung madu lebah. dapat la tengok cara2 dan bagaimana process madu ni dari mula sampai masuk dalam botol. ok tu propa! Aku pun tak tau sebab masa orang tu briefing aku tengah line up untuk masuk tandas...kiki

Then second place that we go is Kampung yang membuat gong. So dapat la tengok cara gong tu di buat, tau macam mana nak tune bunyi gong tu. Boleh di katakan semua rumah buat gong. ada yang buat kat bangsal sendiri. ada gak yang aku tengok tengah buat kat bawah umah dorang. Kira 1 kampung, 1 industri.

Lepas penat ketuk2 untuk buat gong sorang satu tadi. *percaya ke? ok tipu!* Pastu kitorang gerak ke umah panjang orang Rungus terletak di Kampung Bavanggazo. Sampai kat sana dapat lagi rantai manik kecik2 dari dorang. So snap pic dengan that girl. *kredit to Shuhada*
Naik umah panjang tu terus kitorang di suruh duduk untuk hidangan air tuak. *korang kene tipu lagi* di hidangkan dengan persembahan tradisional actually. persembahan tersebut di persembahkan oleh masyarakat setempat dari dari segenap lapisan umur. mula2 makcik tiup seruling dengan hidung, pastu tarian ketuk2 kayu oleh makcik2 gak, then petikan gitar oleh seorang pakcik tu. last skali anak2 belasan tahun menari. nama tarian tu tarian lelaki boleh kawen empat. *ok tipu lagi*


kenangan bersama penari cilik

Last skali kitorang di bawa ke Tip of Borneo. Sebelum tu lunch kat Marina Resort and lunch is provided. Pengalaman berada di tip. Seronok tak terhingga. tengok la senyuman puas kami. sempat snap sebelum OTW balik, di mana perjalanan mengambil masa 3 jam. pegi dan balik mean 6 jam kalau dari KK ke Kudat.

Setelah penat kami pun di bawa dinner kat restoran Nelayan. Puas ati dapat makan sambil menikmati persembahan tarian kebudayaan masyarakat tempatan. even that perfomance adalah perfomance terakhir sebab kami lambat sampai.. kuikui.. Oh nak bagi tau yang dinner is provided..haha


DAY 3

on last day after breakfast kitorang gerak ke Pasar Gaya yang terletak di bandar KK.. * oh ya breakfast is included* Pasar ni start pukul 4.30 pagi sampai 12.30 noon. macam ada jual kat sini. dari barang makanan sampai la binatang yang bleh di pelihara ada di jual.


Ni kat Chicken Rice Shop, 1 Borneo.. Melantak nasi ayam masa sampai kat sini. then makan kat sini lagi sekali masa sebelum naik bas ke KKIA Terminal 2.

Time ni tunggu masa untuk masuk ke ruang menunggu sebelum boarding. FYI, AirAsia delayed that time. nasib baik tak lama.

Ni kat ruang menunggu sebelum boarding.

OK time to say GOOD BYE to SABAH Land Below the Wind. hehe.. Experience that I cannot Simply forget just like that.
I beliv I can fly............. :D



weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers