lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Tuesday, June 24, 2014

Pesawat Salah Airport

MyMetro (2014) artikel yang berbunyi


HANOI: Pihak berkuasa penerbangan Vietnam menggantung kru kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air selepas penerbangan yang sepatutnya mendarat di pusat pelancongan Da Lat membuat pendaratan di lapangan terbang lain yang terletak lebih dari 100 kilometer jauhnya.
Penerbangan VJ 8575 yang membawa 200 penumpang mendarat di lapangan terbang Cam Ranh berhampiran bandar pantai Nha Trang, sebuah lagi destinasi pelancongan yang popular pada malam Khamis, dan bukannya bandar Central Highlands di bandar Da Lat yang terletak kira-kira 130 kilometer di barat daya.
Kejadian itu berlaku "kerana penyelaras penerbangan dan anak kapal VietJet Air, tidak mengikut prosedur penerbangan yang betul", kata Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) dalam satu kenyataan secara online.
Badan itu berkata pihaknya memutuskan untuk menggantung sementara lesen anak-anak kapal dan juga kakitangan lain yang terlibat manakala siasatan sedang dijalankan.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai pekerja dari syarikat penerbangan atau lapangan terbang mana yang terlibat telah digantung.
CAAV juga berkata "tindakan yang sesuai" akan dikenakan terhadap syarikat penerbangan itu.
Penumpang di atas kapal terbang tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke satu lagi penerbangan VietJet Air pada Khamis.
VietJet Air tidak dapat memberikan komen dengan segera.

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers