lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Friday, October 5, 2012

Hikmah @Jumaat #008


Thursday, October 4, 2012

Nasi Ayam Gemas @Cheng, Melaka

Last Tuesday aku pegi makan nasi ayam dengan housemate aku. Sebab dia war-warkan yang nasi ayam dia sedap. Memang da lama plan nak pegi makan kat sini. cuma kelmarin je baru sempat nak pegi makan. Actually aku dah pernah pergi pun restoran ni. Tapi yang kat Bahau punya. Cuma aku minum je time tu. Tak pulak terasa nak makan.

Overall pandangan aku memang best la. Haha.. Sebab aku pun lama da tak pekena nasi ayam. Pasal harga pulak aku tak tau sebab housemate aku yang belanja. Worth it la kot harga dengan rasa dia.

Kami order nasi ayam plus dengan side dishes tugeh goreng. ermmm sooo good. eh tu KFC punya kan. silap! silap! sedappppp~ Sebut pasal KFC ni aku jadi ngidam pulak kat Zinger Burger Double Down dia tu. Ni semua kerjaan Kak Marhaini la ni. Pastu pulak tengok blog Hanis Zalikha. Perghhh!! Meleleh-leleh air liur aku ni. Nah layan pic sekitar Restoran Nasi Ayam Gemas @ Cheng, Melaka ni..

OTW nak pegi makan

Pink karer

ramai pemangsa ayam kat sini

sila apply keje
 
Order kami

Tadaa da sampai
P/S: pic tak banyak sebab teruja nak makan

Tough Exam Paper

Semalam First paper for final exam bagi semester 6. Guess what? it is a tough paper ever. haha.. aku ni semua paper pun tough. Tah paper apa yang tak tough pun tak tau ler. Pastu ada pulak soalan yang topic dia tak cover dalam buku modul kami. Memang aku jawab betul-betul ikut logik la.. apa lagi kan...

Masa kuar Dewan Agung Tuanku Canselor tu memasing pot pet pot pet.. Itu biasa berklaku. meluahkan apa yang terbuku masa dalam dewan tadi. Haha..

After that semua shoot pegi makan kat Pak Su Corner kat seksyen 16. Makan-makan, Borak-borak pastu balik. Aku, Akmal dan Kak Marhaini shoot balik Melaka. Kami naik kereta Akmal. Senang pergi sekali.

Pejam celik dah semester 6 bersamaan 3 tahun aku belajar dengan UiTM ni. Ada lagi setahun je nak habis. Pastu InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan sambung ijazah sarjana muda pulak. Doakan kesuksesan aku yer kawan-kawan. Tu je la setakat ni. Layan gambau-gambau ni..

Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC)

Interior of DATC

Sempat pose akak ni.

bape kerat je tinggal dalam dewan

Ni la DATC

Mia cakap "bila la boleh kuar ni"

Tinggal 4 orang je

Meja aku

Sesi marah-marah

Sesi tak puas ati

Sesi makan-makan
 

Monday, October 1, 2012

4th Quarter of 2012

Pejam celik.. pejam celik.. da masuk suku akhir 2012. sekejap je masa berlalu. Bukan la nak citer atau nak recap peristiwa yang berlaku. tu nanti la dalam entry yang akan datang. Entry tu akan di tulis kena pada masanya. heheh.. Masa tu baru la recap everything.


Ermm.. Betul la kata pepatah, Masa Itu Emas. eh betul ke kata pepatah? ke peribahasa tu? haha entah la aku pun da lupa. Al maklum la da lebih 7 tahun meninggalkan sekolah. Pastu pulak tak apply benda tu dalam kehidupan seharian. Macam tu la jadinya. Begitu pantas masa berlalu.

Actually aku takde apa pun yang diceritakan sangat. cuma saja je nak update blog aku ni. Kang kalo tak update bersawang pulak kat sesawang ni kang. Oh ya tak sabar nak menerima BR1M (bujang) + Rebat/Baucer Smartphone + Baucer Buku 1 Malaysia.. Saya sayang Kerajaan Persekutuan Malaysia. haha tiba la kan. Ahh tu belum tiba masanya lagi. Now focus on my examination paper that will be on 3rd, 6th and 15th October. Wish me luck y'all..

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers