lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Saturday, October 27, 2012

Idul Adha yang tidak tersangkakan

Hari raya kedua Idul Adha ni aku kerja. tapi semalam sangat tak tersangkakan kerana aku bersangka bahawa aku takkan dapat beraya dengan family di Klang. Tapi alhamdulillah dengan perkenan Allah Taala aku akhirnya dapat beraya dengan mereka di sana.

sekadar hiasan sumbangan gugel

Pada mulanya memang aku pasti 100% takkan balik beraya bersama mereka. Tapi semuanya berubah setelah aku sampai di rumah sewa pada pkul 12.30am pagi raya tersebut. Muka aku mula mengukir senyum lebar apabila dapat balik kampung keesokan paginya. ahh tidur senyum malam ni kata hatiku. ahah..

So pagi tu bangun terus siap-siap. Pegi Paya Emas dulu sebab beraya kat umah abang housemate aku. Then dalam 10.30am bertolak la ke Pulau yang Indah di Klang. Sampai sana pukul 12.30. 2 jam perjalanan tanpa henti.

emak terperanjat dengan kepulangan anakandanya. Di mana dia telah ku beritahu bahawa aku takkan pulang raya ni. Memang rezeki aku nak makan rendang mak.

Bertolak semula pulang ke melaka pada pukul 9.30pm hari yang sama. Tidak mengapalah walau sebentar kepulanganku. Itu pun sudah mencukupi dapat melihat orang tua ku di hari lebaran. Syukur~

P/S: takde pic sebab malas nak snap. :P

Thursday, October 25, 2012

Idul Adha 2012 Wishes

Salam Idul Adha dari aku. Kepada yang memandu pulang ke kampung have a save journey. Kepada yang dah berada di kampung tu selamat mengacau dodol. eh silap. Selamat mengacau rendang. Selamat memotong lembu, kambing, unta etc.

Aku je yang tak balik kampung raya ni. Beraya di Melaka je tahun ni dengan housemate. sob~

Wednesday, October 24, 2012

Khidmat Pelanggan yang memuaskan

Ucapan selamat datang di ucapkan sambil senyuman mesra dilemparkan kepada pelanggan yang datang. itulah yang aku terima apabila berkunjung ke CIMB bank cawangan Batu Berendam tadi. Tujuan aku kesana adalah untuk membuat pembayaran loan ASB dan membuat debit kad.

CIMB mana tah
Layanan yang di berikan adalah sangat memuaskan hati aku. oh ya sangat cepat servis mereka. semua staf tersenyum kepada setiap pelanggan yang datang membuat transaksi. kecuali pengawal keselamatan *bunyi cengkerik.

ni bukn CIMB Batu Berendam
Ketika selesai segala urusan sambil berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar dari situ seorang staf khidmat pelanggan mengucapkan terima kasih kepada aku. Ketika itu staf itu sedang mengajar seorang pelanggan menggunakan kiosk apa tah aku pun tak pasti. Kurasakan hariku ceria ketika itu selepas agak kecewa dengan kereta aku yang buat hal. boleh pulak minyak hitam bocor. haish..
u make my day~
Terima kasih CIMB Batu Berendam kerana hariku ceria semula. sehingga aku menaip entry ini senyuman masih tidak lekang di bibir. Sila muntah ijo dengan ayat entry aku yang sangat berorientasikan customer service ni... haha

P/S: segala image adalah dari sumbangan gugel!

Wordless Wednesday :: Masterchef Malaysia 3


Tuesday, October 23, 2012

Perpustakaan Kini

Apa yang anda fikirkan apabila perkataan Library atau pun Perpustakaan di sebut? Tentu yang terlintas di fikiran adalah sebuah bangunan yang dipenuhi dengan buku, tempat yang sunyi sepi seperti bangunan tinggal dan yang lebih menakutkan anda adalah an old woman with no smiling face at all and she will staring at you when you make a noise like a hungry tiger.

Haip! Jangan bising
Kini itu tiada lagi kerana perpustakaan kini adalah mesra pelanggan. Mereka lebih mengutamakan pelanggan untuk datang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Mereka juga mengadaptasi sistem-sistem moden bagi lebih memudahkan lagi pengguna untuk mengakses dengan lebih cepat bahan-bahan yang di perlukan.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
 Peminjaman dan pemulangan bahan kini juga lebih mudah dengan adanya sistem peminjaman layan diri (self checkout) dan pemulangan bahan yang dikenali sebagai 'Book Drop". Selain itu ruang-ruang khas juga disediakan, seperti 'kids corner' yang yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku.

Perpustakaan Raja Tun Uda, PPAS
 Untuk pengetahuan anda perpustakaan terbahagi kepada 5 jenis - Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Khusus dan Pusat Sumber. untuk maklumat lanjut klik sini.

Book Mall PPAS
 Kini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) seiring dengan kemodenan membina dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih untuk menarik minat pengguna bagi menggunakan perpustakaan sebagai tempat menimba ilmu dan sekali gus menjadi pusat riadah keluarga yang sesuai bagi semua peringkat umur. Pepustakaan ini menyediakan kemudahan Gym, cafe, Teater 3D dan XD, perkhidmatan Wi-Fi dan lebih mengagumkan adalah perkhidmatan coaster antara perpustakaan tersebuat dan Kompleks PKNS. Untuk maklumat lebih lanjut klik sini.

A part of the books
Kids Corner
Gym @PPAS
Kesimpulannya bahawa apa yang anda fikirkan tentang perpustakaan bahawa ianya bangunan tinggal yang sunyi dan wanita tua yang lapar menghantuinya adalah salah sama sekali. Jangan berlengah lagi. Bahawasanya :-
SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA SENYUMAN.
SEKALI KLIK SEJUTA MAKLUMAT.

Pinjam qoute yer PPAS.. eheh :) Sehingga bersama di segmen perpustakaan yang akan datang!

P/S: Idea adalah dari blogger sendiri dengan apa yang telah dipelajari selama pengajian dan bersumberkan rujukan yang telah di link kan. Sekian. 

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers