lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Tuesday, October 23, 2012

Perpustakaan Kini

Apa yang anda fikirkan apabila perkataan Library atau pun Perpustakaan di sebut? Tentu yang terlintas di fikiran adalah sebuah bangunan yang dipenuhi dengan buku, tempat yang sunyi sepi seperti bangunan tinggal dan yang lebih menakutkan anda adalah an old woman with no smiling face at all and she will staring at you when you make a noise like a hungry tiger.

Haip! Jangan bising
Kini itu tiada lagi kerana perpustakaan kini adalah mesra pelanggan. Mereka lebih mengutamakan pelanggan untuk datang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Mereka juga mengadaptasi sistem-sistem moden bagi lebih memudahkan lagi pengguna untuk mengakses dengan lebih cepat bahan-bahan yang di perlukan.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
 Peminjaman dan pemulangan bahan kini juga lebih mudah dengan adanya sistem peminjaman layan diri (self checkout) dan pemulangan bahan yang dikenali sebagai 'Book Drop". Selain itu ruang-ruang khas juga disediakan, seperti 'kids corner' yang yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca buku.

Perpustakaan Raja Tun Uda, PPAS
 Untuk pengetahuan anda perpustakaan terbahagi kepada 5 jenis - Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Khusus dan Pusat Sumber. untuk maklumat lanjut klik sini.

Book Mall PPAS
 Kini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) seiring dengan kemodenan membina dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang canggih untuk menarik minat pengguna bagi menggunakan perpustakaan sebagai tempat menimba ilmu dan sekali gus menjadi pusat riadah keluarga yang sesuai bagi semua peringkat umur. Pepustakaan ini menyediakan kemudahan Gym, cafe, Teater 3D dan XD, perkhidmatan Wi-Fi dan lebih mengagumkan adalah perkhidmatan coaster antara perpustakaan tersebuat dan Kompleks PKNS. Untuk maklumat lebih lanjut klik sini.

A part of the books
Kids Corner
Gym @PPAS
Kesimpulannya bahawa apa yang anda fikirkan tentang perpustakaan bahawa ianya bangunan tinggal yang sunyi dan wanita tua yang lapar menghantuinya adalah salah sama sekali. Jangan berlengah lagi. Bahawasanya :-
SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA SENYUMAN.
SEKALI KLIK SEJUTA MAKLUMAT.

Pinjam qoute yer PPAS.. eheh :) Sehingga bersama di segmen perpustakaan yang akan datang!

P/S: Idea adalah dari blogger sendiri dengan apa yang telah dipelajari selama pengajian dan bersumberkan rujukan yang telah di link kan. Sekian. 

No comments:

Post a Comment

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers