Ucapan selamat datang di ucapkan sambil senyuman mesra dilemparkan kepada pelanggan yang datang. itulah yang aku terima apabila berkunjung ke CIMB bank cawangan Batu Berendam tadi. Tujuan aku kesana adalah untuk membuat pembayaran loan ASB dan membuat debit kad.
|
CIMB mana tah |
Layanan yang di berikan adalah sangat memuaskan hati aku. oh ya sangat cepat servis mereka. semua staf tersenyum kepada setiap pelanggan yang datang membuat transaksi. kecuali pengawal keselamatan *bunyi cengkerik.
|
ni bukn CIMB Batu Berendam |
Ketika selesai segala urusan sambil berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar dari situ seorang staf khidmat pelanggan mengucapkan terima kasih kepada aku. Ketika itu staf itu sedang mengajar seorang pelanggan menggunakan kiosk apa tah aku pun tak pasti. Kurasakan hariku ceria ketika itu selepas agak kecewa dengan kereta aku yang buat hal. boleh pulak minyak hitam bocor. haish..
|
u make my day~ |
Terima kasih CIMB Batu Berendam kerana hariku ceria semula. sehingga aku menaip entry ini senyuman masih tidak lekang di bibir. Sila muntah ijo dengan ayat entry aku yang sangat berorientasikan customer service ni... haha
P/S: segala image adalah dari sumbangan gugel!
No comments:
Post a Comment