Komain banggo lagi aku kene kompaun pun nak update kat belog. Bukan apa aku just nak share je amount kompaun, macam mana kalo tak nak kene kompaun, bila patut bayar kalo kene kompaun, kat mana nak bayar kalo kene kompaun dan apa-apa lagi la. Khususnya kompaun kat area Melaka Tengah ni. Sharing kan Caring. Tak gitu senah. *Senah angguk
Ahaa.. untuk maklumat korang Daerah Melaka Tengah ni ada dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), yakni Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lain pula dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di mana dua PBT ini hanya menjaga daerah masing-masing sahaja, Alor Gajah dan Jasin.
Back to the story, Petang tadi aku di kompaun oleh MPHTJ kat Area Melaka Baru. Memang cekap betul penguatkuasa ni. Ke memang dia dah aim aku dari masa aku sampai? curious betul aku ni. Aku pun terus pegi bayar sebab mengikut apa yang telah diberitahu jika membuat pembayaran dalam masa 24 jam kita hanya perlu bayar RM10 sahaja dari kadar kompaun bernilai RM30. Aku pegi bayar kat Melaka Mall, cepat sangat. Padahal takde orang pun.
|
ini la dia kompaun yg aku kene tadi |
Actually bende ni boleh di elak dengan mempamerkan kupon gores
dan menang yang boleh dibeli dari kedai runcit, kedai makan, dan tempat-tempat terpilih. Kupon gores tersebut berharga RM6 /book. Pada mulanya cultural shock gak sebab kat Klang Valley guna bayar dan peraga. Moden sangat tau Klang Valley. Mati la aku kene sesah pasni.
|
Contoh kupon gores dan menang MBMB |
|
contoh kupon letak kereta MPHTJ but now MPHTJ & MBMB da sekalikan kupon |
Jika terkena juga dengan kompaun ni, sila jangan panik. korang boleh pegi kat kaunter bayaran utama atau kaunter bayaran kiosk/pondok yang bersepah. Yang aku perasan kaunter bayaran kompaun ni aku pernah nampak kat depan Maybank Melaka Raya. Selain itu ada juga kaunter bayaran pandu lalu.
Disebabkan malas untuk menaip lebih panjang lebar aku membuat keputusan untuk letak pautan semua PBT yang ada di Melaka ni. Sila klik yang berkaitan.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
P/S: Pembayaran menggunakan wang pos juga di terima. Ini menurut pengalaman kawan aku dari Klang yang pernah kene ketika datang melawat Melaka.
P/S2: Bukan suka nak bayar kompaun ni. cuma lupa je nak gores. kebetulan pulak kupon gores tu dah habis.