lets shoppin'
Macam - Macam la hai..
Weeclicks
GuaBlog
SAHABAT handai
Showing posts with label Airlines. Show all posts
Showing posts with label Airlines. Show all posts
Tuesday, June 25, 2013
Perang Dunia Z
Last week aku layan World War Z dengan housemate aku. memang betul2 layan citer tu. suspen tahap gaban tengok citer tu. Memang tak bleh dok diam melihat kesuspenannya.
Citer ni mengisahkan satu virus yang telah melanda dunia dimana penghidap virus ni bertukar menjadi zombi dan menggigit manusia lain. Penularan hanya berlaku kepada manusia yang sihat. yang sakit tak digigit (dijangkiti).
bermula huru hara kat sebuah bandar yang aku tak ingat nama bandar tu. Sehingga Gerry dan keluarganya dapat melarikan diri sehingga ke Newark, New Jersey. Terpaksa pulak menunggu penyelamat tiba waktu pagi. Dan mereka telah terselamat.
Gerry pula terpaksa mengikut arahan PBB untuk menemani penyelidik mencari punca sebenar virus tersebut kerana pengalamannya sebelum ini. Keterpaksaannya untuk mendapatkan tempat keluarganya berlindung. Tempat pertama misinya adalah ke Kem Humprey, Korea Selatan. Menemui jalan buntu kerana tiada apa bukti yang dapat di cari. Tambahan pula penyelidik yang di iringi mati. Lalu Gerry sendiri pergi mencari punca di Israel dengan bantuan banduan di sel Kem Humprey.
Setiba di Israel, Gerry menemui jalan buntu kerana akhirnya Israel juga diserang oleh virus (zombi) tersebut. melarikan diri dengan pesawat komersial. disitu dia mengenali Segen, seorang askar wanita tentera Israel. Pesawat komersial tersebut terhempas kerana kekacauan oleh virus (zombi) tersebut. Gerry cedera. Gerry bersama Segen berjalan mencari pusat penyelidikan World Health Organisation.
Lebih teruk lagi tekanan kesuspenannya di situ. kerana virus (zombi) juga telah berada di situ sebelum mereka tiba. hanya beberapa orang sahaja selamat di pusat penyelidikan tersebut. Dimana akhirnya punca tidak dapat ditemui tetapi sebaliknya adalah cara untuk menghalang virus tersebut merebak ditemui.
Filem ni highly recommended. memang mesti tonton. bukan lebih aksi tetapi lebih suspen. hehe..
Turut membintangi filem ini adalah Brad Pitt (Gerry Lane), Mirielle Enos (Karin Lane), Daniella Kertesz (Segen), Fana Mokoena (Thierry Umutoni), Ludi Boeken (Jurgen Warmbrunn), Sterling Jerins (Constance Lane), Abigail Hargrove (Rachel Lane) dan ada lagi.
P/S: Lambat sikit update sebab cuti balik kampung ada kenduri.
Labels:
2013 Movie,
Airlines,
aviation,
Holiday,
muvi preview,
muvie,
muvie genre: drama,
muvie preview,
Shopping Mall
Wednesday, May 22, 2013
Malindo Air akan Beroperasi dari Subang Skypark
SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air dijadual akan mula beroperasi dari Lapangan Terbang Skypark Subang, Jun depan.
Laman web Malindo menunjukkan syarikat itu akan menawarkan laluan dari Subang ke Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang dengan tambang serendah RM69 dengan tempoh penerbangan bermula 3 Jun ini.
Malindo akan menggunakan pesawat turboprop baru ATR72-600 yang dibeli rakan kongsinya, Lion Air pada Februari tahun lalu bagi operasi di Subang Skypark.
Pada masa ini, Subang Skypark digunakan oleh Firefly, iaitu syarikat milik penuh Malaysia Airlines dan Berjaya Air.
Selain Subang, Malindo turut mengendalikan pesawat jet tambang murah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Sinar Harian
Tuesday, January 15, 2013
Saturday, January 12, 2013
AirAsia Free Seats
Selasa (15 Jan 2013) ni start tepat pukul 12am AirAsia buka untuk tempahan tiket free. Macam last year aku dapat grab tiket free ke LGK. so this year nak try grab ke BKI or KCH plak. Tiket free ni tertakluk kepada Fuel Surcharge and airport tax yer anak2. So kene bayar gak. tp tak banyak la kene bayar.
Mengikut pengalaman aku just bayar RM38 je untuk return ticket to LGK (KUL-LGK-KUL). It is so worth kan? Tapi masa nak booking tu memang slow la server. Korang bleh siap tido depan komputer korang. Bayangkan berapa ratus juta orang pulak yang dok nak booking free tiket ni kan. Goo Luck to me and to you all. Sumber : Facebook AirAsia
Mengikut pengalaman aku just bayar RM38 je untuk return ticket to LGK (KUL-LGK-KUL). It is so worth kan? Tapi masa nak booking tu memang slow la server. Korang bleh siap tido depan komputer korang. Bayangkan berapa ratus juta orang pulak yang dok nak booking free tiket ni kan. Goo Luck to me and to you all. Sumber : Facebook AirAsia
Subscribe to:
Posts (Atom)



