lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

Running Event May/June 2013

Alhamdulillah dah lepas 2 running event untuk bulan May dan early Jun. Aku berjaya menamatkan larian 8KM dan 5KM yang masing2 pada 26 May dan 2 Jun.




Larian pertama pada 26 May adalah di Purajaya anjuran Standard Chartered bersempena karnival belia. Menteri Belia dan sukan yang baru (Khairy Jamaludin) turut hadir bagi merasmikan acara larian tersebut. Kali ni aku sorang sahaja menyertai larian tersebut kerana sibling aku semua tak larat. huhu.. on that day after lari sempat gak pegi jomheboh. after that terus shoot balik Melaka. damnly tired and Alhamdulillah sampai gak kat melaka dalam pada sleepy tu. Thanks Allah.

Larian kedua adalah seminggu selepas larian pertama. Kali ni larian adalah sempena charity yang dianjurkan oleh The Mines Seri Kembangan di mana kutipan disumbangkan kepada Persatuan kanak2 connerstone selangor. Larian sejauh 5KM aku sertai bersama dengan tiga adik aku dan bakal adik ipar aku. Alhamdulillah kami berlima berjaya abeskan larian sehingga garisan penamat. Ada budak belagak di antara kami kata "5KM je?" last2 dia yang corot di antara kami. rasain.

Menyertai event larian seperti ini selain memenuhi hobi masa lapang, dapat juga menyihatkan badan. Selain bersosial dengan masyarakat dan dapat mengenali kawan baru. Jika kena pada tempatnya, kita juga dapat menyumbang. Sekian laporan larian pada kali ini. akhir kata dari saya, majulah sukan untuk semua. Saya Fazz melaporkan dari meja berita untuk Belog Pena Maya.

P/S: Pic untuk The mines charity run akan di update kemudian. TQ
P/S: entry berikutnya Cuti2 Malaysia Cameron Highland. tunguuuu

Monday, May 13, 2013

Bas London di Melaka

Last week on wednesday my parents coming to Malacca all over from DUN Pelabuhan Klang. Haha. Lawatan Sambil menyalam minum air. Maybe I can call it as advanced mother's day day out. so sweet. vomit 10 times and it is green in color. haha.

This Malacca tour is also guide in collaboration with my housemate. Eh ter'speaking' London pulak. Masa ni sebenarnya nak bawak mereka naik Menara Tamingsari. Suddenly ternampak pulak bas London dua tingkat ni. Apa lagi mak pun excited la nak naik. bukan setakat mak je. Sampai aku pun naik excited gak. First time naik nih. Tak penah nampak sebelum ni. tetiba muncul depan mata.

Laluan bas London ni bermula dari dataran Menara Tamingsari yakni di Jalan Merdeka - melalui hadapan hotel Equatorial, Jalan Parameswara - Seterusnya Jalan Bukit Senjuang - Memasuki Jalan Laksamana Cheng HO - Jalan Munshi Abdullah - Jalan Hang Tuah - Jalan Ong Kim Wee - Jalan Tun Tan Cheng Lock - Jalan Kubu - Memasuki semula Jalan Hang Tuah - Menuju ke Jalan Tun Mutahir - Menuju ke Jalan Tun Sri Lanang - Terus ke Jalan Bendahara - Jalan Laksamana dan kembali semula ke dataran Menara Tamingsari di Jalan Merdeka.

klik peta
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam dengan kelajuan anggaran 40KM/j. Tambang bagi satu perjalanan adalah berjumlah hanya RM5 dewasa dan kanak-kanak tidak dapat dikenal pasti kerana dalam kumpulan kami tiada kanak-kanak. Waktu operasi adalah daripada pukul 6 petang sehingga 10 malam mengikut sambutan yang diberikan. Sumber adalah dari pak cik pemandu bas tersebut.

My inspire

Sister

Who else if not me. hehe

abaikan pelancong indonesia dibelakang tu.

tukang snap parkinson jap. sebab tu blur.

ni namanya enterprem anak beranak.

Friday, March 25, 2011

RUBIdin


Salam 1 malaysia.. Kembali kita bersiaran setelah lama tak bersiaran kerana keBZan yang agak melampau.. biasa la aku ni kan dedication worker + commited student.. kehkeh.. tujuan penyiaran ini adalah bertujuan untuk update citer yang aku tengok malam tadi (24/3/2011), tajuknya ... Dalam Botol arahan Raja Lawak..eh silap oleh Raja Azmi.


Citer bermula apabila Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus adalah pasangan bercinta. Oleh kerana cinta Ruby terhadap Ghaus yang amat mendalam, Rubidin mengambil keputusan untuk menukar diri menjadi 'perempuan sebenar'. Perkiraan yang salah telah di lakukan oleh Ruby kerana Ghaus bukan mahukan dia menukar segalanya dan Ghaus pergi meninggalkan Ruby. Persona Ruby sebagai lelaki kembali kerana hormon lelakinya mula kembali dan kembali menjadi Rubidin. Dia kembali ke kampung kerana bapanya meninggal. dalam masa dia menetap di kampung sementara menunggu kenduri tahlil bapanya habis selama 44 ari dia telah jatuh cinta dengan Dina yang merupakan perempuan sekampungnya. Mereka merancang berkahwin dan di masa hari perkahwinan Rubidin telah melarikan diri. Dia telah menyesali perbuatannya seumur hidup.



So apa lagi korang.. nak tau citer yang sebenar pegi la ke cinema yang berdekatan.. aku nasiharkan orang yang tak suka tengok citer slow then tido dalam cinema berdengkur tak payah pergi tengok citer ni. citer ni memang slow. Dan orang yang tak seni macam aku ni pun tak payah pegi. Sebab korang tak tau citer ni kalo tak hayatinya. semoga bertemu di lain entry.


Para Pelakon:
Arja Lee
Wan Raja
Diana Danielle
Fauziah Ahmad daud
Jalil hamid
Normah damanhuri
Rosnan Rahman
Pekin Ibrahim

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers