Alhamdulillah dah lepas 2 running event untuk bulan May dan early Jun. Aku berjaya menamatkan larian 8KM dan 5KM yang masing2 pada 26 May dan 2 Jun.
Larian pertama pada 26 May adalah di Purajaya anjuran Standard Chartered bersempena karnival belia. Menteri Belia dan sukan yang baru (Khairy Jamaludin) turut hadir bagi merasmikan acara larian tersebut. Kali ni aku sorang sahaja menyertai larian tersebut kerana sibling aku semua tak larat. huhu.. on that day after lari sempat gak pegi jomheboh. after that terus shoot balik Melaka. damnly tired and Alhamdulillah sampai gak kat melaka dalam pada sleepy tu. Thanks Allah.
Larian kedua adalah seminggu selepas larian pertama. Kali ni larian adalah sempena charity yang dianjurkan oleh The Mines Seri Kembangan di mana kutipan disumbangkan kepada Persatuan kanak2 connerstone selangor. Larian sejauh 5KM aku sertai bersama dengan tiga adik aku dan bakal adik ipar aku. Alhamdulillah kami berlima berjaya abeskan larian sehingga garisan penamat. Ada budak belagak di antara kami kata "5KM je?" last2 dia yang corot di antara kami. rasain.
Menyertai event larian seperti ini selain memenuhi hobi masa lapang, dapat juga menyihatkan badan. Selain bersosial dengan masyarakat dan dapat mengenali kawan baru. Jika kena pada tempatnya, kita juga dapat menyumbang. Sekian laporan larian pada kali ini. akhir kata dari saya, majulah sukan untuk semua. Saya Fazz melaporkan dari meja berita untuk Belog Pena Maya.
P/S: Pic untuk The mines charity run akan di update kemudian. TQ
P/S: entry berikutnya Cuti2 Malaysia Cameron Highland. tunguuuu
No comments:
Post a Comment