lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Monday, May 30, 2011

Kisah Adam, Nur dan Aidil

"Masa Semakin singkat.. Masih banyak yang belum ku ceritakan.. Kisah Adam, nur dan Aidil.. Kisah Percintaan, Pengorbanan, perpisahan dan perjalanan pulang ke jalan yang di redhaiNya.."


Last week on saturday (28/5/2011), aku dengan adik-adik aku pergi tengok cerita NUR KASIHkat MBO Harbour Place, Port Klang. First time aku pegi tengok wayang kat situ. Takde kedai pun dalam tu, on that time aku pegi The Store tengah buat jualan gudang penghabisan stok. takde pun yang menarik perhatian sebab fokus aku nak pegi tengok muvie Nur Kasih tu..


Back to the main story, citer ni actually dari drama berepisod yang di tayangkan di TV3. Ianya di filemkan kerana mahu mengakhirkan penantian peminat yang ingin mengetahui sambungan cerita tersebut.Dan Filem ini adalah Penamat cerita Nur Kasih. Filem ni tentang flashback cerita Aidil kepada Nur melalui diari yang di tulis oleh Adam semasa hayatnya.

filem ini bermula dengan mengisahkan tentang kesedihan Aidil kerana kematian isterinya, yakni Aliya yang terlibat dalam kemalangan dan meragut nyawanya. Juga kehidupan Adam dan Nur yang melalui pelbagai ujian dari yang maha esa. Dari ujian Allah dengan keguguran Nur sehinggalah saat mereka redha dan bersedia dengan pemergian Adam, tetapi kerana ketentuan Allah juga mereka mendapat penderma untuk Adam.

SAKSIKANLAH NUR KASIH DI PAWAGAM SAHAJA!!




Friday, May 27, 2011

Vin Diesel in Fast Five

Hola.. aku kembali lagi dengan update untuk cerita yang baru aku tengok even da lama kat cinema. It's happen last wednesday (25/5/2011), tetiba plak ada mood nk tengok wayang. haha.. Memula aku plan nak tengok Pirates of the caribbean: On Stranger tides, tapi di sebabkan da sold out aku memilih untuk nonton Fast Five (Fast and Furious Five) memandangkan citer ni aku belom tengok lagi even release kat cinema almost a month I think.


Jalan citernya menarik perhatian aku. untuk pengetahuan korang aku memang minat citer aksi. selain itu aku jugak minat animation, sci-fi, and pape la yang menarik perhatian aku. *sengal aku ingat specific sangat la td..* kau diam!


cerita tersebut berkisar di sekitar Rio de Jineiro setelah mereka lari dari somewhere in US kerana diburu oleh polis atas sebab kesalahan melepaskan banduan yang telah dijatuhkan hukuman penjara, banduan tersebut adalah Dom toretto (Vin Diesel). Di Rio mereka memutuskan untuk melakukan satu 'kerja' terakhir untuk kebebasan mereka. Misi mereka adalah merompak orang paling berpengaruh di Rio, Hernan Reyes (Joaquim de Almeida). Mereka mengumpulkan pasukan untuk melancarkan misi tersebut.


Dalam masa yang sama juga mereka di buru oleh ejen yang di hantar oleh FBI. ejen tersebut di ketuai oleh Luke Hobbs (Dwayne Johnson a.k.a The Rock) dan ejen tersebut tak pernah gagal dalam misi mereka. Seperti yang di kata, ejen Hobbs dan pasukannya berjaya memberkas mereka. Tetapi telah di serang hendap oleh orang-orang Reyes. Dalam kejadian tersebut hanya ejen Hobbs sahaja yang terselamat kerana anggota pasukannya yang lain terbunuh. Demi membalas dendam atas kematian pasukannya, ejen Hobbs bekerjasama dengan Dom, Brian O'Connor (Paul Walker) dan kumpulan mereka untuk menentang kembali Reyes. Reyes dan orang-orang beliau mati di tangan Hobbs dan Dom. begitu juga polis-polis yang korup di Rio. Dom dan kumpulannya berjaya melarikan wang Reyes walaupun Hobbs melepaskan mereka dengan syarat supaya meninggalkan wang tersebut.

Saksikanlah bagaimana wang Reyes berjaya di bawa bersama oleh Dom dan pasukannya. Cerita ni sentiasa dengan aksi yang mencemaskan dan berjaya menarik perhatian penonton yang menonton. for me I give it 5 out of 5..hehe

Cast: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, jordana Brewster, Joaquim de Almeida, Tyrese Gibson, ludacris, elsa Pataky, Matt Schulze dan ramai lagi.

Thursday, May 19, 2011

Priest


hola diary.. *berangan lagi.. wake up la da siang ari ni..* oh! da siang eh? erm..ni aku nak citer pasal muvie yang aku pegi nonton last week on 12/5/2011.. tajuk citer tu PRIEST..

Sebuah thriller sci-fi pasca-apokaliptik, sebuah dunia alternative pada abad dimana dilanda perang antara manusia dan puntianak (vampires). Cerita ini mengisahkan tentang seorang paderi pahlawan lagenda (Paul Bettany) dari zaman perang puntianak terakhir yang sekarang tinggal dikalangan manusia biasa di Bandar yang diperintah oleh gereja. Bermula aksi apabila paderi tersebut mendapat tahu bahawa anak saudaranya telah di culik oleh kumpulan puntianak yang diketuai oleh mantan paderi pahlawan yang bernama black hat (Karl Urban). Paderi (Paul Bettany) terus mengejar kumpulan tersebut sebelum perkara buruk terjadi, yakni diubah menjadi salah satu daripada mereka. Turut sama menyertai pemburuan tersebut adalah kekasih anak saudaranya, Hicks (Cam Gigandet) dan juga seorang mantan paderi pahlawan (priestess lakonan Maggie Q) yang mempunyai kemahiran bertempur.

citer ni macam ada sequel sebab end of story dia tergantung.. ermm.. enjoy watching la yer.. nk smbung tido.. huarghhh.. *burok perangai laa..* ohh ya citer ni aku tengok yg biasa, 3D x mampu sebab that time belum gaji.. zzzzZZZZZ...

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers