lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Tuesday, March 12, 2013

Coconut Shake Batu Berendam

Salam ukhwah..

Kalau sebut coconut shake kat Melaka korang mesti ingat Klebang. Actually banyak dah coconut shake kat Melaka ni. Bukan takat kat Melaka je. Kat luar Melaka pun dah bersepah. So far coconut shake yang popular di Melaka ni selain di Klebang Ialah coconut shake di Batu Berendam. Memang ramai la orang yang datang singgah beli kat situ. Kat tepi jalan tu berderet kereta parking.

Location dia of course la kat Batu Berendam. specifically kat depan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Melaka. Kalau korang nampak kelapa berlonggok kat tepi jalan macam bukit tu. haa tu lah dia tempatnya.

Klik untuk tumbesaran dengan Dumex

Monday, March 11, 2013

Nasi Ayam Bonda Melaka

Salam Ukhwah..

Post entry pasal makan lagi. mana ko tak moncet kan. berkata kepada diri sendiri. This is first time pegi makan kat warung Nasi Ayam Bonda ni setelah hampir setahun aku stay kat Melaka ni. Kedai ni terletak di Jalan Bachang, Melaka.Tak jauh dari Melaka Sentral. Not even 10 minutes from Melaka Sentral.

Menu warung ni semestinya lah nasi ayam. ada dua pilihan nasi ayam kat sini, nasi ayam biasa dan special. Bezanya nasi ayam special ni potion dia dua kali ganda dari nasi ayam biasa. Know what? aku order la special. sekali order sampai je muka terkezut memasing sebab nasi dan ayam banyak. Apa lagi makan je la. dah order. Makanan pun dah sampai. Agak berpeluh nak habiskan makanan tu. Perghhh..

Dilampirkan peta untuk ke sana:

klik peta untuk tumbesaran bersama mamilGold
P/S: foto kedai tersebut dan nasi ayamnya akan di upload kemudian setelah cable fon di jumpai. TQ

Wednesday, March 6, 2013

ABC Tanjung, Melaka

Salam ukhwah..

Lama sudah tidak update blog aku ni. Last week pegi minum kat ABC Tanjung. Perghh memang sedap la. Tapi aku tak makan ABC pun. aku order choc shake. Member aku yang akan ABC. Pastu order gak kuey teow goreng. Apa-apa pun choc shake dia memang masyuk dengan selera aku.

Kedai ni kat area Tanjung Kling. Area Everly Resort Melaka, ada gak kat situ Shah's Beach Resort and Sekolah Kebangsaan Lereh. Kedai tu berhadapan 3 tempat ni. Kedai ni kalau peak hour dia memang penuh. silap time datang takda tempat duduk. Haaa bersila la korang atas tanah. *ok tu tipu. haha

Pelan lokasi
P/S: untuk foto-foto yang mengiurkan sila google image dengan keyword "ABC Tanjung" sekian.

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers