Hari ni aku rasa aku nak share pendapat aku pasal Cinta dan Sayang atau dalam bahasa mat salehnya adalah LOVE. Bagi aku cinta dan sayang ni adalah sama makna dan universal. Tapi bagi sesetengah orang makna cinta dan sayang ni berbeza, di mana cinta ni hanya digunakan untuk kekasih hati mereka atau dengan erti kata lain makwe/pakwe. Manakala sayang terhad kepada keluarga, sahabat, rakan dan sebagainya. Dari situ mereka telah silap membuat perhitungan dalam menggunakan perkataan tersebut. Kita sebenarnya boleh untuk menggunakan perkataan cinta itu kepada keluarga dan sahabat kita walaupun ada di antara kita merasakan ianya awkward atau janggal dalam bahasa melayunya.
Apa apa pun ini adalah pendapat aku bagi penggunaan cinta dan sayang dalam kehidupan. Anda juga berhak memberi pandangan kerana malaysia adalah negara yang demokrasi. Dipetik dari wikipedia "Cinta yang pertama ialah mencintai Allah dan RasulNya,lebih dari kita
mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah,dan di sini
bermula pecahan-pecahan cinta."
Untuk info lanjut sila klik word di bawah:-
Cinta
Love
Cinta menurut pandangan Islam
No comments:
Post a Comment