There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Sunday, May 24, 2015

2015 Tahun Paling Banyak Travel


Hi Readers,

Membuka tirai tahun 2015 dengan bercuti ke Langkawi. Actually dah 4 tahun berturut-turut aku bercuti ke Langkawi bermula tahun 2012, 2013, 2014 dan 2015. Semuanya pergi dengan kumpulan yang berbeza, like last year I was with my family, lebih mudah dikatakan sebagai percutian keluarga. Then awal tahun 2015 yang lepas aku pergi dengan rakan serumah. Kira aku ni dah macam travel guide mereka. Yela sebab dah 2 tahun berturut ke sana. So kali ke 3 dan ke 4 aku jadi guide. cewahh macam expert sangat. Tapi boleh la daripada takde kan.


Pada 28 dan 29 Mac aku mem'backpacker'kan diri ke Penang. Berseorangan dengan kegigihan yang ada. Masa ni aku saja je nak try naik Malindo Air dari Melaka ke Penang dengan kekerapan penerbangan sehari sekali. Then first time dengan pesawat turboprop ATR72-600. Di Penang sempatlah aku ke Bukit Bendera atau nama inggerisnya Penang Hill dan ke Batu Feringgi berjalan di pasar malam di sana. Kat sana aku menaiki Rapid Penang sepenuhnya untuk ke mana-mana termasuklah sebagai airport transfer aku. rapid Penang sangat convinience. Korang patut cuba. Aku stay di Wassup Youth Hostel yang hanya menapak je dari Komtar. Rasa nak pegi lagi sebab banyak tempat tak explore.



Then cuti umum hari pekerja yang lalu aku mem'backpacker'kan diri lagi ke negeri di timur Malaysia, iaitu Kuching. di sana selama 3 hari 2 malam. Kali ni pula aku ke sana dengan Malindo Air menggunakan pesawat Boeing B737-900ER dan pulang dari Kuching dengan Malaysia Airlines (MAS) menggunakan pesawat Boeing B737-800. Dengan MAS aku upgrade ke Business Class. Teruja sebab first time terbang dengan MAS dan dapat pula merasa Business Class. Lepas ni jika berpeluang terbang dengan MAS aku akan cuba Economy Class pula. Oh ya di Kuching aku menginap di Woodpecker Lodge, Staff dia super friendly dan sangat membantu dalam memberi info. sesuai la dengan aku yang kali pertama ke Kuching. Di sana aku sempat melawat Muzium di pusat bandar Kuching, shopping mall di sana, menyusuri Waterfront Kuching, menaiki perahu tambang, dan ke Sarawak Cultural Village (SCV) dengan pakej yang di ambil dari tempat penginapan. Kuching ni tak mesra pengangkutan awam, kalau naik teksi memang tak mampu.


Untuk percutian berikutnya aku akan ke Krabi pada 9 hingga 12 Oktober. Jimat cuti sikit masa ni sebab aku pergi hari cuti Melaka - Melaka Governor's Birthday. Ni kali pertama aku bercuti ke luar negara (In Shaa Allah..). Actually pernah ke Singapore pada September 2014, tapi macam tak kira la kot sebab naik bas. haha. Krabi ni aku ambil pakej Krabi Package Tour sebab include round trip Krabi Airport Transfer, hotel, Daily breakfast, city tour + lunch and 4 island hoping + lunch for THB2950. Quite murah la. Anyway we see how la nanti. Cannot wait for it actually. Oh ya tak termasuk flight ticket. so aku memilih AirAsia dari klia2 terus ke Krabi Airport.


Untuk maklumat aku ni memang minat terbang. Aku akan cari peluang untuk terbang jika ada tiket murah. Sekarang ni tak susah nak dapat tiket murah dengan adanya AirAsia dan Malindo Air. MAS pun sekarang selalu ada promosi tambang murah. Bolehlah pilih MAS kalau nak keselesaan sikit. Makan pun dapat kalau penerbangan tu melebihi 60minit. Tiada sebab untuk tidak terbang, kerana banyak pilihan syarikat penerbangan sekarang. Maybe akan ada percutian lain sebelum bercuti ke Krabi ni nanti. Tengok la harga tiket macam mana. hehe.. if nak tengok gambar bolehla follow instagramku @malaysiana_air. Jumpa lagi.

Tuesday, June 24, 2014

Pesawat Salah Airport

MyMetro (2014) artikel yang berbunyi


HANOI: Pihak berkuasa penerbangan Vietnam menggantung kru kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah VietJet Air selepas penerbangan yang sepatutnya mendarat di pusat pelancongan Da Lat membuat pendaratan di lapangan terbang lain yang terletak lebih dari 100 kilometer jauhnya.
Penerbangan VJ 8575 yang membawa 200 penumpang mendarat di lapangan terbang Cam Ranh berhampiran bandar pantai Nha Trang, sebuah lagi destinasi pelancongan yang popular pada malam Khamis, dan bukannya bandar Central Highlands di bandar Da Lat yang terletak kira-kira 130 kilometer di barat daya.
Kejadian itu berlaku "kerana penyelaras penerbangan dan anak kapal VietJet Air, tidak mengikut prosedur penerbangan yang betul", kata Lembaga Penerbangan Awam Vietnam (CAAV) dalam satu kenyataan secara online.
Badan itu berkata pihaknya memutuskan untuk menggantung sementara lesen anak-anak kapal dan juga kakitangan lain yang terlibat manakala siasatan sedang dijalankan.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai pekerja dari syarikat penerbangan atau lapangan terbang mana yang terlibat telah digantung.
CAAV juga berkata "tindakan yang sesuai" akan dikenakan terhadap syarikat penerbangan itu.
Penumpang di atas kapal terbang tersebut kemudiannya telah dipindahkan ke satu lagi penerbangan VietJet Air pada Khamis.
VietJet Air tidak dapat memberikan komen dengan segera.

Wednesday, April 9, 2014

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers