lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Hai apa habaq? habaq mai sini tengok..ada baik ke tada baik..hehe.. kali ni entry aku nak citer pasal Hikayat Merong Mahawangsa yang baru semalam (10/3/2011) aku pegi tengok. haha.. 1st day kuar panggung aku da pegi tengok. kelas tak? kelas kan aku.. haha..ni sumer sebab kawan aku yang beria nak tengok. so aku pun ikut la.. kalo tak memang takde maknanye aku nak pegi tengok time 1st day tayang.. *padahal memang ko pun beria nak tengok gak kan?* haish diam kao.. hehe..

Kalo korang nak tau citer ni mengisahkan tentang si Merong yang dikatakan sebagai pelayar yang hebat yang berasal dari semenanjung emas. dia juga mengaku bahawa dia ni keturunan Alexander. Dia di amanahkan untuk menjaga putera raja Rom yang dalam perjalanan untuk berkahwin dengan puteri raja dari China di Semenanjung emas yang juga dikenali sebagai Langkasuka. Langkasuka tu kedah kan? aku pun x ingat sangat.

Sedang mereka membuat persiapan untuk perkahwinan tersebut datanglah sebatalion pasukan lanun (dikenali sebagai Geruda) dan menculik puteri raja dari China. Lanun tersebut meminta wang tebusan dari kerajaan China kalo tak kepala tuan puteri akan di pancung. dalam masa yang sama merong, putera raja dari Rom dan General tentera China bersatu untuk menyerang pasukan Geruda tersebut, sekaligus menyelamatkan puteri China tersebut. dalam pertempuran tersebut ramai yang terkorban, termasuklah Merong sendiri. begitulah kesudahan hikayat Merong yang diceritakan oleh keturunannya sendiri.

Aku sarankan korang pegi la tengok citer ni di pawagam yang berdekatan dengan korang. citer ni memang citer hikayat yang agak best bagi aku. aku bagi la 4 1/2 bingtang kat citer ni. mesti tengok ok. sebab memang ramai yang tengok citer ni time aku pegi semalam. TGV open 2 hall untuk citer ni. dan aku yakin dedua hall tu penuh.

Para pelakon:
Stephen Rahman-Hughes
Dato Rahim Razali
Ummi Nazeera
Khir Rahman
Nell Ng
Jehan Miskin
Gavin Stenhouse
Mano maniam
Jing Lu
Henrik Norman

Monday, March 7, 2011

Kyle become Beastly


Salam sejahtera dan Salam 1 malaysia.. di hari yang mulia sempena International Woman Day ni aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari wanita kepada yang terutama mak aku, nenek aku yang aku panggil as atok, mak cik2 aku, cousin aku, adik2 aku sedara mara x kira la jauh ke, dekat ke..tanpa melengahkan masa lagi mari kita ke muvie preview. semalam lepas keje aku terus kuar ke Sunway Pyramid untuk menonton muvi yang baru..


aku tengok citer Beastly yang bila mana di alih bahasa ke bahasa melayu ianya bermaksud HODOH. citer ni mengisahkan Kyle (Alex Pettyfer) seorang anak orang kaya yang sombong dengan kehenseman dia, tidak lupa juga dengan kekayaan yang bapak dia miliki. Dia menghina seorang kawan perempuannya yang agak gothic pada pandangan aku. Tapi dorang sumer panggil budak pempuan tu ahli sihir. nama budak tu Kendra (Mary Kate Olsen), dia ni memang pelik tahap cipan la.


Satu ari Kyle ni ajak Kendra pegi 1 majlis. dalam majlis tu dia kenekan Kendra ni. si Kendra ni naik angin then terus curse Kyle ni jadi buruk. syarat supaya nak kembali kepada asal adalah sehingga sorang pempuan mengatakan "I LOVE YOU" kepadanya.. lepas jadi macam tu Kyle ni duduk la kat umah yang bapak dia sewakan untuk dia. dia duduk bersama dengan sorang maid dan sorang cikgu buta. sehingga satu hari dia kuar jalan malam terjumpa kawan skola dia bernama Lindy (Vanessa Hudgens), dan berhasrat untuk memikat Lindy agar dapat melepaskan diri dari curse Kendra. Dalam pada masa dia menjalani sumpahan tu dia belajar agar tidak menjadi sombong. Nak tau macam mana dia memikat Lindy dan berhasilkah dia memikat? kunjungilah pawagam terdekat dan beli tiket untuk menonton..


cast: Peter Krause, Lisa Gay Hamilton, karl Graboshas ,etc.

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers