lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Thursday, June 27, 2013

wishlist fulfilled

Alhamdulillah one of my wishlist thing termakbul on this 2013.. guess what? it is Samsung Galaxy Note 2



Tuesday, June 25, 2013

Perang Dunia Z


Last week aku layan World War Z dengan housemate aku. memang betul2 layan citer tu. suspen tahap gaban tengok citer tu. Memang tak bleh dok diam melihat kesuspenannya.

Citer ni mengisahkan satu virus yang telah melanda dunia dimana penghidap virus ni bertukar menjadi zombi dan menggigit manusia lain. Penularan hanya berlaku kepada manusia yang sihat. yang sakit tak digigit (dijangkiti).

bermula huru hara kat sebuah bandar yang aku tak ingat nama bandar tu. Sehingga Gerry dan keluarganya dapat melarikan diri sehingga ke Newark, New Jersey. Terpaksa pulak menunggu penyelamat tiba waktu pagi. Dan mereka telah terselamat.

Gerry pula terpaksa mengikut arahan PBB untuk menemani penyelidik mencari punca sebenar virus tersebut kerana pengalamannya sebelum ini. Keterpaksaannya untuk mendapatkan tempat keluarganya berlindung. Tempat pertama misinya adalah ke Kem Humprey, Korea Selatan. Menemui jalan buntu kerana tiada apa bukti yang dapat di cari. Tambahan pula penyelidik yang di iringi mati. Lalu Gerry sendiri pergi mencari punca di Israel dengan bantuan banduan di sel Kem Humprey.

Setiba di Israel, Gerry menemui jalan buntu kerana akhirnya Israel juga diserang oleh virus (zombi) tersebut. melarikan diri dengan pesawat komersial. disitu dia mengenali Segen, seorang askar wanita tentera Israel. Pesawat komersial tersebut terhempas kerana kekacauan oleh virus (zombi) tersebut. Gerry cedera. Gerry bersama Segen berjalan mencari pusat penyelidikan World Health Organisation.

Lebih teruk lagi tekanan kesuspenannya di situ. kerana virus (zombi) juga telah berada di situ sebelum mereka tiba. hanya beberapa orang sahaja selamat di pusat penyelidikan tersebut. Dimana akhirnya punca tidak dapat ditemui tetapi sebaliknya adalah cara untuk menghalang virus tersebut merebak ditemui.

Filem ni highly recommended. memang mesti tonton. bukan lebih aksi tetapi lebih suspen. hehe..

Turut membintangi filem ini adalah Brad Pitt (Gerry Lane), Mirielle Enos (Karin Lane), Daniella Kertesz (Segen), Fana Mokoena (Thierry Umutoni), Ludi Boeken (Jurgen Warmbrunn), Sterling Jerins (Constance Lane), Abigail Hargrove (Rachel Lane) dan ada lagi.

P/S: Lambat sikit update sebab cuti balik kampung ada kenduri.

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers