There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 :: Terima Kasih Cikgu

Teringat kembali sewaktu masih di bangku sekolah dulu. Sudah sembilan tahun aku meninggalkan zaman persekolahan kerana dek tuntutan hari tua. seperti baru meninggalkan alam persekolahan. seperti baru semalam.


1992 - 1993; Seawal usia 5 tahun aku telah mendapat pendidikan di Tadika Kemas Pulau Indah. Bermakna aku berada di Tadika selama 2 tahun. sehingga aku berumur 6 tahun. masih segar diingatan dimana aku mengenakan uniform kotak2 kecil berwarna merah putih. kami waktu tu rasa cute sangat. hehe.. Pada waktu itu tenaga pengajar adalah cikgu Ros. Dan selama 2 tahun itulah dia mengajar kami di institusi tersebut.

1994 - 1999; Apabila aku berusia 7 tahun, aku didaftarkan ke Sekolah Kebangsaan Pulau Indah. Maka bersekolahlah aku  disitu selama 6 tahun lamanya sehingga aku darjah enam. Masih ada segelintir cikgu yang masih mengajar disitu sehingga sekarang. Setia mendidik anak2 pulau. Mereka juga adalah antara yang menyaksikan pembangunan pulau tersebut dari mulanya sistem perhubungan yang hanyalah satu2nya adalah bot dan sampan sehingga berdirinya sebuah jambatan yang menghubungkan ke tanah besar semenanjung Malaysia.


2000 - 2004; Tamat sahaja pendidikan di tahap rendah, Aku memulakan pendidikan di tahap menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah yang letaknya hanyalah selangkah dari sekolah rendah aku dulu. Disini juga aku melihat masih ada guru yang setia mengajar anak pulau sehingga sekarang. terlihat kesungguhan mereka mencurah ilmu kepada anak bangsa.

2005; Pendidikan aku terhenti separuh jalan ketika di tingkatan enam dimana ketika itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku tidak menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

2009 - kini; Sehingga pada suatu hari aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan pendidikan tinggi di UiTM dalam pengajian pengurusan maklumat. Dimana pada masa itu aku telah bekerja di institusi pengajian tinggi swasta dan melihat bahawa umur bukanlah penghalang untuk menyambung pelajaran dan tiada perkataan terlambat dalam menuntut ilmu. Kini aku telah berada di tahun akhir dalam masa 4 tahun diperuntukkan untuk pengajian ini.Aku bercadang untuk menyambung pengajian ke tahap seterusnya.

2006/2007; Tidak lupa juga pendidikan memandu yang aku terima di Institut Mandu Cekap Hi-Tech Shah Alam. Dengan apa yang diajar aku kini dapat memandu mencari rezeki dan membawa orang tuaku mengurus dan menyelesaikan kerjaan mereka dan bercuti. Alhamdulillah..

Kamu semua (pendidik, tenaga pengajar dan pensyarah) adalah obor yang menerangi kami. Tak jemu mencurah bakti. walaupun kini pendirian ibu bapa telah berubah rupa.


Monday, May 13, 2013

Bas London di Melaka

Last week on wednesday my parents coming to Malacca all over from DUN Pelabuhan Klang. Haha. Lawatan Sambil menyalam minum air. Maybe I can call it as advanced mother's day day out. so sweet. vomit 10 times and it is green in color. haha.

This Malacca tour is also guide in collaboration with my housemate. Eh ter'speaking' London pulak. Masa ni sebenarnya nak bawak mereka naik Menara Tamingsari. Suddenly ternampak pulak bas London dua tingkat ni. Apa lagi mak pun excited la nak naik. bukan setakat mak je. Sampai aku pun naik excited gak. First time naik nih. Tak penah nampak sebelum ni. tetiba muncul depan mata.

Laluan bas London ni bermula dari dataran Menara Tamingsari yakni di Jalan Merdeka - melalui hadapan hotel Equatorial, Jalan Parameswara - Seterusnya Jalan Bukit Senjuang - Memasuki Jalan Laksamana Cheng HO - Jalan Munshi Abdullah - Jalan Hang Tuah - Jalan Ong Kim Wee - Jalan Tun Tan Cheng Lock - Jalan Kubu - Memasuki semula Jalan Hang Tuah - Menuju ke Jalan Tun Mutahir - Menuju ke Jalan Tun Sri Lanang - Terus ke Jalan Bendahara - Jalan Laksamana dan kembali semula ke dataran Menara Tamingsari di Jalan Merdeka.

klik peta
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam dengan kelajuan anggaran 40KM/j. Tambang bagi satu perjalanan adalah berjumlah hanya RM5 dewasa dan kanak-kanak tidak dapat dikenal pasti kerana dalam kumpulan kami tiada kanak-kanak. Waktu operasi adalah daripada pukul 6 petang sehingga 10 malam mengikut sambutan yang diberikan. Sumber adalah dari pak cik pemandu bas tersebut.

My inspire

Sister

Who else if not me. hehe

abaikan pelancong indonesia dibelakang tu.

tukang snap parkinson jap. sebab tu blur.

ni namanya enterprem anak beranak.

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers