There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 :: Terima Kasih Cikgu

Teringat kembali sewaktu masih di bangku sekolah dulu. Sudah sembilan tahun aku meninggalkan zaman persekolahan kerana dek tuntutan hari tua. seperti baru meninggalkan alam persekolahan. seperti baru semalam.


1992 - 1993; Seawal usia 5 tahun aku telah mendapat pendidikan di Tadika Kemas Pulau Indah. Bermakna aku berada di Tadika selama 2 tahun. sehingga aku berumur 6 tahun. masih segar diingatan dimana aku mengenakan uniform kotak2 kecil berwarna merah putih. kami waktu tu rasa cute sangat. hehe.. Pada waktu itu tenaga pengajar adalah cikgu Ros. Dan selama 2 tahun itulah dia mengajar kami di institusi tersebut.

1994 - 1999; Apabila aku berusia 7 tahun, aku didaftarkan ke Sekolah Kebangsaan Pulau Indah. Maka bersekolahlah aku  disitu selama 6 tahun lamanya sehingga aku darjah enam. Masih ada segelintir cikgu yang masih mengajar disitu sehingga sekarang. Setia mendidik anak2 pulau. Mereka juga adalah antara yang menyaksikan pembangunan pulau tersebut dari mulanya sistem perhubungan yang hanyalah satu2nya adalah bot dan sampan sehingga berdirinya sebuah jambatan yang menghubungkan ke tanah besar semenanjung Malaysia.


2000 - 2004; Tamat sahaja pendidikan di tahap rendah, Aku memulakan pendidikan di tahap menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah yang letaknya hanyalah selangkah dari sekolah rendah aku dulu. Disini juga aku melihat masih ada guru yang setia mengajar anak pulau sehingga sekarang. terlihat kesungguhan mereka mencurah ilmu kepada anak bangsa.

2005; Pendidikan aku terhenti separuh jalan ketika di tingkatan enam dimana ketika itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku tidak menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

2009 - kini; Sehingga pada suatu hari aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan pendidikan tinggi di UiTM dalam pengajian pengurusan maklumat. Dimana pada masa itu aku telah bekerja di institusi pengajian tinggi swasta dan melihat bahawa umur bukanlah penghalang untuk menyambung pelajaran dan tiada perkataan terlambat dalam menuntut ilmu. Kini aku telah berada di tahun akhir dalam masa 4 tahun diperuntukkan untuk pengajian ini.Aku bercadang untuk menyambung pengajian ke tahap seterusnya.

2006/2007; Tidak lupa juga pendidikan memandu yang aku terima di Institut Mandu Cekap Hi-Tech Shah Alam. Dengan apa yang diajar aku kini dapat memandu mencari rezeki dan membawa orang tuaku mengurus dan menyelesaikan kerjaan mereka dan bercuti. Alhamdulillah..

Kamu semua (pendidik, tenaga pengajar dan pensyarah) adalah obor yang menerangi kami. Tak jemu mencurah bakti. walaupun kini pendirian ibu bapa telah berubah rupa.


1 comment:

  1. dulu aku sambut hari guru.
    skng aku pulak disambut..huhu

    ReplyDelete

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers