There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Wednesday, May 22, 2013

Malindo Air akan Beroperasi dari Subang Skypark



SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air dijadual akan mula beroperasi dari Lapangan Terbang Skypark Subang, Jun depan.

Laman web Malindo menunjukkan syarikat itu akan menawarkan laluan dari Subang ke Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang dengan tambang serendah RM69 dengan tempoh penerbangan bermula 3 Jun ini.

Malindo akan menggunakan pesawat turboprop baru ATR72-600 yang dibeli rakan kongsinya, Lion Air pada Februari tahun lalu bagi operasi di Subang Skypark.

Pada masa ini, Subang Skypark digunakan oleh Firefly, iaitu syarikat milik penuh Malaysia Airlines dan Berjaya Air.

Selain Subang, Malindo turut mengendalikan pesawat jet tambang murah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Sinar Harian

2 comments:

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers