There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Saturday, November 2, 2013

Result dah Kuar!!


Last friday result exam dah kuar. Dan confirm aku akan convo. In shaa Allah.. hehe it is so excited of me. after 4 years of bergelumang dengan nota, buku modul, kelas dan yang berkaitan, akhirnya aku berjaya menghabiskan diploma ePJJ aku tahun ni.

Semua tu atas sokongan dan dorongan mak ayah gak. terima kasih kat lecturer, dan kawan-kawan seperjuangan yang tak jemu melayan karenah aku kat dalam kelas specially classmate yang sama2 bangun pagi2 meredah lebuhraya dari Melaka ke Shah Alam untuk attend kelas. I will miss that journey. even kita ada merancang akan menyambung journey kita bersama pada bulan september tahun 2014 nanti. journey sebelum ni lain ok. hehe

Akhir kata terupdate la blog aku ni setelah sekian lama membeku. sekian.

Tuesday, September 10, 2013

Maimon Mutalib Datang KFC


Lama sudah tak update blog. ni pun tetiba ada masa senggang nak update daripada tak buat apa. Sempat lagi nih even hujung bulan ni nak final. Alhamdulillah hampir ke hujungnya proses pembelajaran PJJ aku selama 4 tahun. Merujuk kepada tajuk di atas actually aku terperanjat bila kat FB ada pasal Maimon Mutalib meninggal dunia. sebab tengok dia berlakon ok je. Tu la dia pepatah mengatakan hanya Allah saja yang tahu.. eh pepatah ke. almost pepatah la kot.

Actually masa aku masih lagi berkhidmat dengan KFC arwah pernah datang beberapa kali ke KFC Shah Alam 2, Seksyen 18 Shah Alam bersama anak beliau termasuk anak kembarnya. Honestly she is a kind person not like in the drama or movie that she is staring in. Even muka dia garang kan.

Sepanjang aku pernah berkhidmat kat situ ramai gak artis yang datang, Aqasha, Raja Farah, adalah artis veteran yang aku tak kenal sangat, dan tak ketinggalan Acha Septriasa. Masa Acha Septriasa tu memang ramai staff yang dok selit nak bergambar dengan dia. Tapi aku tidak sebab masa tu busy. Kaunter queue.

bila ingat balik masa keje KFC rindu nak keje balik dengan geng lama2. ada yang dah jadi manager pun dorang. tak kurang gak yang dah berenti dan keje lain. anyway kami still contact with each other even ada yang dah lost contact. tu je setakat ni. nak buka note, exam bakal tiba.

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya 1434H

Salam lebaran kepada semua readers.. Semoga lebaran kali ini membawa seribu satu kecerian..


Friday, July 26, 2013

Puasa lagi di sini


Alhamdulillah berjumpa lagi ramadan kali ni. Dan kali kedua aku berpuasa di perantauan sebagai seorang perantau of course. Tak terasa bila kita berbuka kat rumah atau di luar dengan kawan-kawan even family jauh. tapi terasa bila berbuka kat opis dengan partner shif.

Tapi tak mengapa kerana ianya tanggungjawab sebagai seorang insan dan juga menunaikan fardhu kifayah.Anyway salam Ramadan ke 17 reader.

Sunday, July 7, 2013

Blog JJCM pulak ke?

bukan blog JJCM
Bila dilihat dari statistik semalam aku rasa macam blog aku ni blog tempat orang2 merujuk tempat makan yang best kat melaka. or maybe dia mencari resepi. hurmmm. saja update sebab lama dah tak update atas sebab keBZan I guess. huhu.

Thursday, June 27, 2013

wishlist fulfilled

Alhamdulillah one of my wishlist thing termakbul on this 2013.. guess what? it is Samsung Galaxy Note 2



Tuesday, June 25, 2013

Perang Dunia Z


Last week aku layan World War Z dengan housemate aku. memang betul2 layan citer tu. suspen tahap gaban tengok citer tu. Memang tak bleh dok diam melihat kesuspenannya.

Citer ni mengisahkan satu virus yang telah melanda dunia dimana penghidap virus ni bertukar menjadi zombi dan menggigit manusia lain. Penularan hanya berlaku kepada manusia yang sihat. yang sakit tak digigit (dijangkiti).

bermula huru hara kat sebuah bandar yang aku tak ingat nama bandar tu. Sehingga Gerry dan keluarganya dapat melarikan diri sehingga ke Newark, New Jersey. Terpaksa pulak menunggu penyelamat tiba waktu pagi. Dan mereka telah terselamat.

Gerry pula terpaksa mengikut arahan PBB untuk menemani penyelidik mencari punca sebenar virus tersebut kerana pengalamannya sebelum ini. Keterpaksaannya untuk mendapatkan tempat keluarganya berlindung. Tempat pertama misinya adalah ke Kem Humprey, Korea Selatan. Menemui jalan buntu kerana tiada apa bukti yang dapat di cari. Tambahan pula penyelidik yang di iringi mati. Lalu Gerry sendiri pergi mencari punca di Israel dengan bantuan banduan di sel Kem Humprey.

Setiba di Israel, Gerry menemui jalan buntu kerana akhirnya Israel juga diserang oleh virus (zombi) tersebut. melarikan diri dengan pesawat komersial. disitu dia mengenali Segen, seorang askar wanita tentera Israel. Pesawat komersial tersebut terhempas kerana kekacauan oleh virus (zombi) tersebut. Gerry cedera. Gerry bersama Segen berjalan mencari pusat penyelidikan World Health Organisation.

Lebih teruk lagi tekanan kesuspenannya di situ. kerana virus (zombi) juga telah berada di situ sebelum mereka tiba. hanya beberapa orang sahaja selamat di pusat penyelidikan tersebut. Dimana akhirnya punca tidak dapat ditemui tetapi sebaliknya adalah cara untuk menghalang virus tersebut merebak ditemui.

Filem ni highly recommended. memang mesti tonton. bukan lebih aksi tetapi lebih suspen. hehe..

Turut membintangi filem ini adalah Brad Pitt (Gerry Lane), Mirielle Enos (Karin Lane), Daniella Kertesz (Segen), Fana Mokoena (Thierry Umutoni), Ludi Boeken (Jurgen Warmbrunn), Sterling Jerins (Constance Lane), Abigail Hargrove (Rachel Lane) dan ada lagi.

P/S: Lambat sikit update sebab cuti balik kampung ada kenduri.

Thursday, June 20, 2013

Cuti2 Malaysia Cameron Highland 2013

Dua minggu lepas aku dan 2 lagi kawan aku bercuti-cuti Malaysia di Cameron Highland. Aku cuti selama seminggu kerana event yang berturut. Mana taknya event larian aku selang seminggu je. alang2 dah menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan orang kata. hamek ko seminggu aku bantai cuti.

Maka bermulalah perjalanan hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu menuju ke cameron highland dengan si ajjar yang setia. Hari pertama pada pukul 7 lebih pagi kami da terpacak kat lata Iskandar. Bukan mandi tapi dok berposing kat waterfall tu. Subhanallah ciptaanNya.

Lepas agak puas berposing kat situ dan tak tahan dengan kesejukan kawasan waterfall tersebut kami beredar. Lebih kurang pukul 9 pagi kami tiba di tanah rata. First of all check status bilik yang kami booking. ok clear. boleh check in pkul 2pm. Terus ke Brinchang untuk melihat keadaan disana. maklumla da lama tak pegi. ada juga perubahan di sana sini. Kami berjalan di Kea Farm.

Hampir pukul 1 kami menuju ke lodge penginapan kami di tanah rata.Alhamdulillah boleh check in awal. Melelapkan mata dek kerana kepenatan memanjat jalan ke Cameron. Terbangun terus mandi. Keluar cari makan. kelapauran memasing. Lepas makan jalan ke taman yang tak jauh dari lodge penginapan kami. Ambil angin kedinginan petang tu. Lebih kurang pukul 6 kami bergerak menuju ke Brinchang. tetapi jeng jeng jeng.. terserempak pasar malam kat situ yang aku sangka hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Memang luck kami la dapat jumpa pasar malam tersebut pada hari biasa. Atau mungkin pasar tersebut beroperasi pada hari biasa kerana pada waktu tersebut adalah cuti sekolah. mungkin la. Sebab dari info yang aku dapat dari classmate aku pasar tersebut beroperasi pada hujung minggu sahaja.

Hujan so kami balik ke lodge dan diner makanan yang telah di beli dari pasar tadi. unfortunately lebih kurang pukul 10 rasa lapar nasi then kuar cari makan. lepas makan jalan2 ke brinchang. Lalu semula kawasan pasar malam tersebut. da tutup. terus ke brinchang. pun takde apa. Balik tido. tamat hari pertama. kbai!

P/S: dah seminggu lebih entry ni dok dalam draft.. huhu
P/S: Gambar kemudian sebab da basi..

Saturday, June 15, 2013

Man of Steel - Lelaki Besi (Superman)



Cerita yang mengisahkan superman dimana pada waktu tersebut beliau tidak lagi bekerja dengan Daily Planet. Cerita yang mengisahkan apa yang terjadi sebelum Clark Kent menjadi wartawan. apakah tujuan beliau menjadi wartawan. Mengisahkan apa yang telah terjadi setelah 33 tahun beliau meninggalkan planet krypton.

Bermula dimana dia menjadi seorang nelayan dalam misi mencari siapakah dirinya yang sebenar. Kemudian menjadi seorang pelayan bar dan seterusnya menjadi pembantu penyelidikan. semua kerjaan yang dilakukan ditinggalkan dengan sebuah pertolongan kepada orang lain.

Semasa bekerja sebagai pembantu penyelidikan dia telah menjumpai kapal perang Krypton. Dalam pada masa yang sama dia mengenali Lois Lane.

Sampai pada satu masa Jeneral Zod tiba di bumi dan menggesa penduduk bumi menyerahkan orang beliau yakni Clark Kent atau namanya di planet Krypton adalah Kal-El. Dalam masa tersebut juga Jeneral zod akan menakluk bumi untuk dijadikan sebagai Krypton yang baru. Rancangan tersebut ditentang oleh Kal-El/Clerk Kent. Penentangan terhadap jeneral Zod dibantu oleh Lois Lane dan Tentera Amerika.Akhirnya rancangan jahat Jeneral Zod dapat dipatahkan

Korang mesti tonton filem ni. Durasi masa adalah mebih kurang 2 jam 15 minit. Filem ini diarahkan oleh Zack Snyder. Pelakon yang telah menjayakan Filem ini antaranya adalah Henry Cavill (Clark Kent / Kal-El), Amy Adams (Lois Lane), Michael Shannon (General Zod), Russel Crowe (Jor-El), Harry Lennix (General Swanwick), Diane Lane (Martha Kent) dan ramai lagi.

P/S: tak tonton rugi!

Saturday, June 8, 2013

Running Event May/June 2013

Alhamdulillah dah lepas 2 running event untuk bulan May dan early Jun. Aku berjaya menamatkan larian 8KM dan 5KM yang masing2 pada 26 May dan 2 Jun.




Larian pertama pada 26 May adalah di Purajaya anjuran Standard Chartered bersempena karnival belia. Menteri Belia dan sukan yang baru (Khairy Jamaludin) turut hadir bagi merasmikan acara larian tersebut. Kali ni aku sorang sahaja menyertai larian tersebut kerana sibling aku semua tak larat. huhu.. on that day after lari sempat gak pegi jomheboh. after that terus shoot balik Melaka. damnly tired and Alhamdulillah sampai gak kat melaka dalam pada sleepy tu. Thanks Allah.

Larian kedua adalah seminggu selepas larian pertama. Kali ni larian adalah sempena charity yang dianjurkan oleh The Mines Seri Kembangan di mana kutipan disumbangkan kepada Persatuan kanak2 connerstone selangor. Larian sejauh 5KM aku sertai bersama dengan tiga adik aku dan bakal adik ipar aku. Alhamdulillah kami berlima berjaya abeskan larian sehingga garisan penamat. Ada budak belagak di antara kami kata "5KM je?" last2 dia yang corot di antara kami. rasain.

Menyertai event larian seperti ini selain memenuhi hobi masa lapang, dapat juga menyihatkan badan. Selain bersosial dengan masyarakat dan dapat mengenali kawan baru. Jika kena pada tempatnya, kita juga dapat menyumbang. Sekian laporan larian pada kali ini. akhir kata dari saya, majulah sukan untuk semua. Saya Fazz melaporkan dari meja berita untuk Belog Pena Maya.

P/S: Pic untuk The mines charity run akan di update kemudian. TQ
P/S: entry berikutnya Cuti2 Malaysia Cameron Highland. tunguuuu

Thursday, June 6, 2013

Mana aku pergi?

Lama weh tak tengok belog aku yang sedeh ni. mana taknya minggu lepas seminggu aku cuti. Haaa hamek kao. jarang amek cuti. sekali cuti terus seminggu. Macam2 yang aku buat minggu lepas. Memang penat. Daripada cuti2 Malaysia sampai la join event larian kat putrajaya dan the Mines.

Ni baru sempat nak update belog. kalo tak memang tak pandang ler. anyway nanti aku akan update aktiviti aku yang berlaku minggu lepas. Nak tau aku bercuti kat mana? nak tau aku join event larian apa? entry tersebut akan menyusul satu persatu.. hehe.. eh apsal entry kali ni berangan artis lak aku rasa?

Wednesday, May 22, 2013

Malindo Air akan Beroperasi dari Subang Skypark



SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air dijadual akan mula beroperasi dari Lapangan Terbang Skypark Subang, Jun depan.

Laman web Malindo menunjukkan syarikat itu akan menawarkan laluan dari Subang ke Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang dengan tambang serendah RM69 dengan tempoh penerbangan bermula 3 Jun ini.

Malindo akan menggunakan pesawat turboprop baru ATR72-600 yang dibeli rakan kongsinya, Lion Air pada Februari tahun lalu bagi operasi di Subang Skypark.

Pada masa ini, Subang Skypark digunakan oleh Firefly, iaitu syarikat milik penuh Malaysia Airlines dan Berjaya Air.

Selain Subang, Malindo turut mengendalikan pesawat jet tambang murah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Sinar Harian

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013 :: Terima Kasih Cikgu

Teringat kembali sewaktu masih di bangku sekolah dulu. Sudah sembilan tahun aku meninggalkan zaman persekolahan kerana dek tuntutan hari tua. seperti baru meninggalkan alam persekolahan. seperti baru semalam.


1992 - 1993; Seawal usia 5 tahun aku telah mendapat pendidikan di Tadika Kemas Pulau Indah. Bermakna aku berada di Tadika selama 2 tahun. sehingga aku berumur 6 tahun. masih segar diingatan dimana aku mengenakan uniform kotak2 kecil berwarna merah putih. kami waktu tu rasa cute sangat. hehe.. Pada waktu itu tenaga pengajar adalah cikgu Ros. Dan selama 2 tahun itulah dia mengajar kami di institusi tersebut.

1994 - 1999; Apabila aku berusia 7 tahun, aku didaftarkan ke Sekolah Kebangsaan Pulau Indah. Maka bersekolahlah aku  disitu selama 6 tahun lamanya sehingga aku darjah enam. Masih ada segelintir cikgu yang masih mengajar disitu sehingga sekarang. Setia mendidik anak2 pulau. Mereka juga adalah antara yang menyaksikan pembangunan pulau tersebut dari mulanya sistem perhubungan yang hanyalah satu2nya adalah bot dan sampan sehingga berdirinya sebuah jambatan yang menghubungkan ke tanah besar semenanjung Malaysia.


2000 - 2004; Tamat sahaja pendidikan di tahap rendah, Aku memulakan pendidikan di tahap menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah yang letaknya hanyalah selangkah dari sekolah rendah aku dulu. Disini juga aku melihat masih ada guru yang setia mengajar anak pulau sehingga sekarang. terlihat kesungguhan mereka mencurah ilmu kepada anak bangsa.

2005; Pendidikan aku terhenti separuh jalan ketika di tingkatan enam dimana ketika itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku tidak menyambung pelajaran ke peringkat tinggi.

2009 - kini; Sehingga pada suatu hari aku telah membuat keputusan untuk mendapatkan pendidikan tinggi di UiTM dalam pengajian pengurusan maklumat. Dimana pada masa itu aku telah bekerja di institusi pengajian tinggi swasta dan melihat bahawa umur bukanlah penghalang untuk menyambung pelajaran dan tiada perkataan terlambat dalam menuntut ilmu. Kini aku telah berada di tahun akhir dalam masa 4 tahun diperuntukkan untuk pengajian ini.Aku bercadang untuk menyambung pengajian ke tahap seterusnya.

2006/2007; Tidak lupa juga pendidikan memandu yang aku terima di Institut Mandu Cekap Hi-Tech Shah Alam. Dengan apa yang diajar aku kini dapat memandu mencari rezeki dan membawa orang tuaku mengurus dan menyelesaikan kerjaan mereka dan bercuti. Alhamdulillah..

Kamu semua (pendidik, tenaga pengajar dan pensyarah) adalah obor yang menerangi kami. Tak jemu mencurah bakti. walaupun kini pendirian ibu bapa telah berubah rupa.


Monday, May 13, 2013

Bas London di Melaka

Last week on wednesday my parents coming to Malacca all over from DUN Pelabuhan Klang. Haha. Lawatan Sambil menyalam minum air. Maybe I can call it as advanced mother's day day out. so sweet. vomit 10 times and it is green in color. haha.

This Malacca tour is also guide in collaboration with my housemate. Eh ter'speaking' London pulak. Masa ni sebenarnya nak bawak mereka naik Menara Tamingsari. Suddenly ternampak pulak bas London dua tingkat ni. Apa lagi mak pun excited la nak naik. bukan setakat mak je. Sampai aku pun naik excited gak. First time naik nih. Tak penah nampak sebelum ni. tetiba muncul depan mata.

Laluan bas London ni bermula dari dataran Menara Tamingsari yakni di Jalan Merdeka - melalui hadapan hotel Equatorial, Jalan Parameswara - Seterusnya Jalan Bukit Senjuang - Memasuki Jalan Laksamana Cheng HO - Jalan Munshi Abdullah - Jalan Hang Tuah - Jalan Ong Kim Wee - Jalan Tun Tan Cheng Lock - Jalan Kubu - Memasuki semula Jalan Hang Tuah - Menuju ke Jalan Tun Mutahir - Menuju ke Jalan Tun Sri Lanang - Terus ke Jalan Bendahara - Jalan Laksamana dan kembali semula ke dataran Menara Tamingsari di Jalan Merdeka.

klik peta
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam dengan kelajuan anggaran 40KM/j. Tambang bagi satu perjalanan adalah berjumlah hanya RM5 dewasa dan kanak-kanak tidak dapat dikenal pasti kerana dalam kumpulan kami tiada kanak-kanak. Waktu operasi adalah daripada pukul 6 petang sehingga 10 malam mengikut sambutan yang diberikan. Sumber adalah dari pak cik pemandu bas tersebut.

My inspire

Sister

Who else if not me. hehe

abaikan pelancong indonesia dibelakang tu.

tukang snap parkinson jap. sebab tu blur.

ni namanya enterprem anak beranak.

Monday, May 6, 2013

Jumpa ex-classmate masa sekolah dulu di PRU13


Semalam semasa keluar membuang undi untuk DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen klang, terjumpa dalam 4 or 5 orang rakan semasa di sekolah dulu. Masing2 dah lain. Mana tak nya dah ada yang beranak pinak. Ada yang dah rendah dari aku, specially kawan2 perempuan. Kalau korang nak tau aku dulu rendah dari budak2 perempuan dalam kelas aku. Sedih. Tapi sekarang tidak lagi. haha..

Tak kurang gak ada yang dah berisi. almaklum la dah jadi mak orang bapak orang bagai. Yang lawaknya aku pun ditegur gak oleh seorang rakan semasa di sekolah kebangsaan dulu. masa sekolah menengah tak sama sebab dia masuk sekolah teknik. Nak tau dia kata apa? "Ko dah gemuk sekarang yer.." berbunga ati aku bila dia cakap macam tu.. haha. okaylah. tu aje.

Wednesday, May 1, 2013

Beli Tiket Wayang Online

kesedaran membeli tiket online masih lagi kurang. Ini dapat dilihat terjadi kepada kawan aku sendiri. They just walk in on the day that they want to watching. Akhirnya mereka tidak dapat membeli tiket kerana tiket sold out. ada unsur kempunan di situ setelah lama beratur di dalam barisan yang sangat panjang bagi aku. tambah pulak kelambatan yang berlaku apabila orang lain yang datang baru hendak berkira-kira untuk memilih filem apa yang hendak ditonton. Lagi satu mereka mengambil masa untuk memilih tempat duduk yang mereka kehendaki.

Dalam dunia sekarang yang serba moden telah wujud aplikasi membeli tiket wayang online untuk telefon pintar. Selain daripada menggunakan lappy dan deskpy untuk membelinya. Dan ianya boleh dilakukan dimana sahaja yang dikehendaki. menjimatkan masa. Yang penting ada duit dalam akaun bagi sesiapa yang menggunakan online purchase via online banking.

Bagi aku pembelian tiket wayang secara online adalah efisien, cepat dan mudah. Kerana aku telah pun menggunakan perkhidmatan ini lebih dari 2 tahun. Dan tidak terhad kepada pembelian tiket wayang. juga kepada pembelian pakaian secara online. Disini aku sertakan link

klik sini

klik sini

klik sini

klik sini

klik sini
P/S: hanya popular cinema sahaja

Monday, April 29, 2013

MalacCafe by the Riverside

Assalam.. Dah lama tak citer pasal makan. So hari ni entry pasal makan supaya korang menjejeh air liur tengok. Actually this is on last Saturday visit masa ni baru balik dari Sagil. Jadi badak air, jadi mermaid dan jadi ular air memasing. okay lari tajuk.

I knew this cafe from the internet. and specifically from groupon which is on that time dia ada buat promo kupon untuk malaccafe ni. Tapi aku tak pergi sana pakai kupon ni, sebabnya masa aku nak beli kupon tu promo dia dah abes pun. So pegi je la sebab kaya tertarik denngan ambience dia. Plus it is located by the riverside and the food are so tempting. Those are the menu yang sempat di snap oleh rakanku.





Chicken chop

Bolognaise/nese

grill lamb shoulder..
This cafe open daily from 6pm till 2am in the early morning. located at No.2, Jalan Laksamana, 75100 Malacca City Malaysia.

Overall this cafe is great and I love their grill lamb shoulder even aku makan chicken chop. ngicak kawan aku punya. And those yang rasa nak pegi ni aku sertakan map untuk korang.

Untuk tumbesaran sila klik map

Sunday, April 28, 2013

Iron man Three


Assalam. Cerita lelaki besi telah menuju pada sekuel ke-3. Di mana pada sekuel kali ini Tony Stark (Robert Dawney Jr.) telah menentang musuh yang diciptanya sendiri. Dimana suatu masa dahulu dia telah memperolokkan seorang ahli pemikir biologi manusia - Aldrich Killian (Guy Pearce) yang ingin bekerjasama dengannya. Tetapi ahli pemikir biologi manusia tersebut kembali untuk membalas dendam terhadapnya. Rumahnya musnah kerana serangan yang dilancarkan kepadanya. Isterinya (isteri Tony Stark - Pepper Potts (Gwyneth Paltrow)) juga diculik dan dijadikan bom. Akhirnya tony dapat juga mengalahkan musuh beliau dengan mengorbankan sut iron man dan bantuan isterinya yang telah menjadi mutan berapi.


Kalau korang nak tau apa yang aku maksudkan dengan isterinya juga diculik dan dijadikan bom dan mutan berapi  boleh la pergi menonton sekuel ini di pawagam yang terdekat dengan anda. Durasi filem ini adalah selama lebih kurang 2 jam 15 minit. lama bukan? Klasifikasi filem ini adalah PG13 dimana kanak2 di bawah umur 13 tahun memerlukan bimbingan penjaga.

Antara pelakon lain yang menjayakan filem ini juga adalah Rebecca Hall as Maya Hansen, Don cheadle as James Rhode, Jon Favreau as Happy Hogan, William Sadler as President ellis, Ben Kingsley as The Mandarin dan ramai lagi.

bagi aku best sebab diselitkan banyak unsur2 lawak dan aksi yang tak berbelah bagi. #eh

Monday, April 22, 2013

Perhentian Kuih Melayu, Melaka

Assalam. Pada weekend yang lepas aku telah pertama kalinya menjejakkan kaki ke kedai kuih muih melayu ni, Kedai ni bertajuk Perhentian Kuih Melayu. For readers information, it is not only kuih yang dijual disitu. Ada juga makanan yang lainnya seperti nasi lemak, pulut kuning bersama kari ayam, soto, mee dan bihun sup dan macam-macam lagi la.

Kuih muih yang terhidang

Apa yang customer makan

Apa yang osmet makan

Apa yang aku makan

Mengikut apa yang diperkatakan oleh housemate aku, kedai ni memang full house pada waktu sarapan. Sebab tu kami datang situ waktu makan tengah hari. Dalam lebih kurang pukul 11 lebih membawa kepada pukul 12 tengah hari waktu tu. Masa kami nak balik tu pun orang dah mula ramai datang ke kedai tu untuk lunch.

Klik untuk tumbesaran menyeluruh dengan mamil gold

Untuk korang yang rasa nak datang try kat kedai ni boleh la datang. kedai ni terletak di Padang Temu area Ujong Pasir. Dekat dengan balai polis Bandar Hilir dan juga penjara Bandar Hilir. Waktu operasi tidak dapat dikenal pasti. tetapi apa yang pasti kedai ini beroperasi pada waktu bersarapan, makan tengah hari dan minum petang. Waktu makan malam tak dapat dipastikan.

Abes lantak sudah!

Tuesday, April 16, 2013

Wordless Wednesday :: Somewhere in Malacca


Setahun sudah di perantauan..

Assalam.. Hari ni (16/4/2013) genaplah setahun aku berada di perantauan jauh dari keluarga yang dirindui. Aku disini dek kerana rezeki dari Allah kepada aku ada di bumi bersejarah nun di selatan tanah Malaya. Banyak kenangan selama aku berada di sini. Yang pasti banyak kenangan manis dari yang payau, kelat, dan pahit. Alhamdulillah semua aku tempuhi dengan redha.



Apabila di ingat kembali memang tak percaya dah setahun aku di perantauan. Memang tak diduga aku akan merantau jauh untuk mencari rezeki yang Allah kurniakan. Demi sesuap nasi dan setitis minyak petrol. Pinjam ayat ex-boss aku jap. haha.. Jangan marah yer.



Apa yang lebih menggembirakan aku. Aku akan menamatkan pengajian aku pada tahun ini juga. InsyaAllah jika ada keizinan dariNya. Doakan semoga aku sukses kawan2.


One more thing aku dapat balik ke kampung halaman untuk memangkah pada 5 May ini. Dimana pada mulanya aku tidak dapat menunaikan kerana dek tuntutan kerja. Tetapi management memberitahu bahawa operasi pada hari tersebut ditutup. Alhamdulillah..

Wednesday, April 10, 2013

I am NOT voting!

Pada 5 May nanti aku TIDAK akan balik ke kampung halaman untuk mengundi. Aku kerja di perantauan on that day. Tolong  pangkahkan kertas undi aku nanti. Pangkahkan secara berhemah. Baru aman sejahtera negara tercinta.


Untuk menyemak senarai daftar anda sila klik sini

Restoran D'Laman, Taman Klebang Jaya

Last week aku pegi diner kat sebuah tempat yang bertajuk D'Laman. Dimana restoran ini memang benar-benar dihadapan halaman rumah orang. Definately rumah owner. I think so. Menyajikan masakan goreng-gorengan melayu dan western.

On that day aku try rice + Black pepper chicken grill. Housemate aku pulak makan satay dengan fried fries. Diet agaknya.

Anyway the ambience memang best. cer try tengok.

Klik untuk tumbesaran sempurna




Kan.. kat depan laman umah kan? korang tak caya..

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers