There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Thursday, June 20, 2013

Cuti2 Malaysia Cameron Highland 2013

Dua minggu lepas aku dan 2 lagi kawan aku bercuti-cuti Malaysia di Cameron Highland. Aku cuti selama seminggu kerana event yang berturut. Mana taknya event larian aku selang seminggu je. alang2 dah menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan orang kata. hamek ko seminggu aku bantai cuti.

Maka bermulalah perjalanan hang kasturi, hang lekir dan hang lekiu menuju ke cameron highland dengan si ajjar yang setia. Hari pertama pada pukul 7 lebih pagi kami da terpacak kat lata Iskandar. Bukan mandi tapi dok berposing kat waterfall tu. Subhanallah ciptaanNya.

Lepas agak puas berposing kat situ dan tak tahan dengan kesejukan kawasan waterfall tersebut kami beredar. Lebih kurang pukul 9 pagi kami tiba di tanah rata. First of all check status bilik yang kami booking. ok clear. boleh check in pkul 2pm. Terus ke Brinchang untuk melihat keadaan disana. maklumla da lama tak pegi. ada juga perubahan di sana sini. Kami berjalan di Kea Farm.

Hampir pukul 1 kami menuju ke lodge penginapan kami di tanah rata.Alhamdulillah boleh check in awal. Melelapkan mata dek kerana kepenatan memanjat jalan ke Cameron. Terbangun terus mandi. Keluar cari makan. kelapauran memasing. Lepas makan jalan ke taman yang tak jauh dari lodge penginapan kami. Ambil angin kedinginan petang tu. Lebih kurang pukul 6 kami bergerak menuju ke Brinchang. tetapi jeng jeng jeng.. terserempak pasar malam kat situ yang aku sangka hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja. Memang luck kami la dapat jumpa pasar malam tersebut pada hari biasa. Atau mungkin pasar tersebut beroperasi pada hari biasa kerana pada waktu tersebut adalah cuti sekolah. mungkin la. Sebab dari info yang aku dapat dari classmate aku pasar tersebut beroperasi pada hujung minggu sahaja.

Hujan so kami balik ke lodge dan diner makanan yang telah di beli dari pasar tadi. unfortunately lebih kurang pukul 10 rasa lapar nasi then kuar cari makan. lepas makan jalan2 ke brinchang. Lalu semula kawasan pasar malam tersebut. da tutup. terus ke brinchang. pun takde apa. Balik tido. tamat hari pertama. kbai!

P/S: dah seminggu lebih entry ni dok dalam draft.. huhu
P/S: Gambar kemudian sebab da basi..

No comments:

Post a Comment

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers