There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Wednesday, December 19, 2012

Beronok-ronok di Langkawi

Salam penuh barkah.. Lama dah aku tak update blog aku yang picisan ni. Last week aku cuti seminggu sebab memang target cuti-cuti Malaysia. Maklum la dah tempah tiket flight awal-awal. Destination is Langkawi dari 09122012 sampai la 12122012. So below is the summary of activity sepanjang di LGK.

Day ONE
Tak banyak yang dapat aku lakukan pada hari aku sampai sebab sampai pun da pukul 3. Then tunggu member sampai pun dalam pkul 4. Terus pegi makan kat area airport Langkawi tu. Then balik bilik rest. Only malam je yang keluar pergi Cenang untuk diner sekaligus round then lepak sat kat tepi pantai. Oh ya we also pergi Kuah tengok helang besar kat eagle Square. Member aku cakap Kuah dah takde apa malam-malam. Sebelum balik supper kat KFC Kuah. That time about 3 pagi gak la baru balik.

Cenang Beach

Eagle Square

Day TWO
Bangun da almost pukul 10am. Then siap-siap pergi cari makan. Kami makan kat Teluk Yu. That time kedai tu baru setup nak buka. Kami tunggu sambil melihat keindahan pantai Teluk Yu tersebut. Kelihatan anak-anak ikan yu bermain di gigi air. Terhibur dengan telatah mereka. eh dah macam tengok apa je siap terhibur dengan telatah. dah kenapa? Haha.. After that we are heading to Pekan Kuah. Pergi round kat Taman Lagenda Langkawi dan Taman CHOGM. Not really sure about Taman CHOGM ni. Tapi yang pasti Taman-taman ni tempat rekreasi. Selesai berekreasi di bawah terik mentari, kami menuju Mekdi untuk menjamu selera.

530pm kami dah bergerak pulang kerana kereta sewa kami diperlukan. So start dari situ kami hanya melepak di sekitar kawasan penginapan. kebetulan pula malam tu hujan. Apa lagi mata pun meminta disorongkan bantal. Kerana esok masa telah tertakluk untuk melakukan aktiviti Island Hopping. ZzZzZz...

Taman Awam Teluk Yu

Taman Lagenda 

Taman CHOGM
Day THREE
Hari ini sangat pagi sedar dari tidur kerana mendapat tidur yang berkualiti malam tadi. Bersiap untuk aktiviti Island Hopping sekalian. sangat teruja ketika itu. Aktiviti yang memang menjadi kegemaran sejak dulu lagi. ewah! haha.. Bertolak untuk bersarapan sebelum menyertai island hopping. tetapi kerana servis yang slow dari warung tersebut kami hanya menapau nasi lemak.

setiba di jeti pelancongan Pekan Rabu kami menanti dengan tenang bot yang akan membawa kami. Tiba waktu bertolak perasaan seronot tetiba kerana membelah lautan menuju ke pulau-pulau yang sangat SUBHANALLAH indah ciptaan Allah. Pulau pertama adalah Pulau Beras Basah, tiada apa aktiviti yang dapat dilakukan selain boleh bermandi di pantai dan melihat kera menyambut pengunjung yang tiba. Kami memilih hanya untuk menikmati nasi lemak yang di tapau tadi kerana masing-masing belum sarapan lagi.

Setelah sejam berada di Pulau Beras Basah kami segera menuju destinasi seterusnya bagi melengkapkan aktiviti island hopping kami. Eagle feeding atau dalam bahasa mudah adalah memberi helang makan. Aku dalam keadaan antara teruja dan tidak. kerana sejak dari kecil helang dapat dilihat setiap hari. Kerana aku sendiri membesar di sebuah pulau, Beautiful Island, Klang.

Lebih kurang sepuluh minit selepas itu kami segera menuju ke Pulau Dayang Bunting. Tatkala ini hati gembira kerana memang teringin sangat nak ke pulau tersebut. Sampai di sana kami mendaki dan menuruni bukit untuk tiba di Tasik Dayang Bunting. Terus sewa life jacket dan terjun. Satu jam berendam di situ.

Pulau Beras Basah

Sonok wehh~

Berendam tak hengat nih..
Pulau Dayang Bunting
Tamat aktiviti island hopping pada hari tersebut pada pukul 1. Mandi dan salin pakaian kat tempat yang tersediakan. Terus menuju ke Kuah untuk santapan tengahari dan bershopping coklat yang dikirimin oleh mereka-mereka.

Usai bershopping kami segera ke cenang untuk menikmati keindahan pantainya buat kali terakhir sebelum pulang esok. Subhanallah sungguh indah sunset yang terkelihatan tersebut. Setelah puas menikmati keindahan sunset  kami mencari tempat untuk melakukan diner. eh diner pun melakukan ke? hobbit sungguh. hahha.

Day FOUR
Di hari terakhir ni kami bersiap untuk pergi ke Cable Car Langkawi. sebelum sampai kami singgah di suatu tempat yang tidak di ingatkan namanya untuk menikmati brunch (breakfast + lunch). setelah tiba di Cable Car Langkawi aku dapat melihat sungguh ramai manusia di situ. Kebetulan pada masa tersebut kawasan taman cable car dihiaskan seperti sebuah taman yang berada di korea. lagu-lagu korea berkumandang kedengaran. Di suatu sudut pula ramai manusia berpusu untuk menaiki cable car. Aku tidak langsung memasang niat untuk menaiki cable car tersebut kerana pernah menaiki sekali sebelum ini. So tidak ralat la kerana tidak dapat menaiki cable car tersebut.

Sekali lagi kami ke Kuah tanpa arah tujuan. mungkin hanya melihat pekan Kuah tersebut untuk kali terakhir sebelum pulang ke asal kami. Balik dan berkemas untuk depart pukul 9.35pm di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

P/S: summary je dah berjela. kalo details sampai minggu depan pun tak publish lagi nanti. so nantikan entry seterusnya tentang tempat dan aktiviti menarik yang aku lakukan. PEACE!!

No comments:

Post a Comment

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers