lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Friday, May 27, 2011

Vin Diesel in Fast Five

Hola.. aku kembali lagi dengan update untuk cerita yang baru aku tengok even da lama kat cinema. It's happen last wednesday (25/5/2011), tetiba plak ada mood nk tengok wayang. haha.. Memula aku plan nak tengok Pirates of the caribbean: On Stranger tides, tapi di sebabkan da sold out aku memilih untuk nonton Fast Five (Fast and Furious Five) memandangkan citer ni aku belom tengok lagi even release kat cinema almost a month I think.


Jalan citernya menarik perhatian aku. untuk pengetahuan korang aku memang minat citer aksi. selain itu aku jugak minat animation, sci-fi, and pape la yang menarik perhatian aku. *sengal aku ingat specific sangat la td..* kau diam!


cerita tersebut berkisar di sekitar Rio de Jineiro setelah mereka lari dari somewhere in US kerana diburu oleh polis atas sebab kesalahan melepaskan banduan yang telah dijatuhkan hukuman penjara, banduan tersebut adalah Dom toretto (Vin Diesel). Di Rio mereka memutuskan untuk melakukan satu 'kerja' terakhir untuk kebebasan mereka. Misi mereka adalah merompak orang paling berpengaruh di Rio, Hernan Reyes (Joaquim de Almeida). Mereka mengumpulkan pasukan untuk melancarkan misi tersebut.


Dalam masa yang sama juga mereka di buru oleh ejen yang di hantar oleh FBI. ejen tersebut di ketuai oleh Luke Hobbs (Dwayne Johnson a.k.a The Rock) dan ejen tersebut tak pernah gagal dalam misi mereka. Seperti yang di kata, ejen Hobbs dan pasukannya berjaya memberkas mereka. Tetapi telah di serang hendap oleh orang-orang Reyes. Dalam kejadian tersebut hanya ejen Hobbs sahaja yang terselamat kerana anggota pasukannya yang lain terbunuh. Demi membalas dendam atas kematian pasukannya, ejen Hobbs bekerjasama dengan Dom, Brian O'Connor (Paul Walker) dan kumpulan mereka untuk menentang kembali Reyes. Reyes dan orang-orang beliau mati di tangan Hobbs dan Dom. begitu juga polis-polis yang korup di Rio. Dom dan kumpulannya berjaya melarikan wang Reyes walaupun Hobbs melepaskan mereka dengan syarat supaya meninggalkan wang tersebut.

Saksikanlah bagaimana wang Reyes berjaya di bawa bersama oleh Dom dan pasukannya. Cerita ni sentiasa dengan aksi yang mencemaskan dan berjaya menarik perhatian penonton yang menonton. for me I give it 5 out of 5..hehe

Cast: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, jordana Brewster, Joaquim de Almeida, Tyrese Gibson, ludacris, elsa Pataky, Matt Schulze dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers