lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Saturday, December 29, 2012

Good bye 2012, Hi 2013..

Pejam celik pejam celik dah penghujung 2012. Macam-macam yang jadi dalam tahun ni. siap ada kontroversi yang mengatakan dunia akan berakhir pada 2012. Tapi itu takkan berlaku tanpa kehendakNya. Tahun 2012 juga memberi kengangan manis dan pahit untuk semua.

bagi aku tiada yang pahit kerana yang pahit itu harus bersemadi. untuk bercerita tentang azam 2012, tiada pula aku menanam azam tahunan. Yang pasti salah satu impian telah tercapai 2012. Memiliki sebuah kenderaan yang boleh bawa family aku bercuti atau menziarah keluarga tanpa ada yang perlu beralah kerana seating capacity yang terhad. Guess what? mereka telah ke JB setelah berbelas tahun tidak ke sana. Next trip maybe ke utara. we'll see how. hehe..

2012 juga melihat aku bertukar tempat kerja dan sekaligus aku di gelar perantau. Sepanjang menjadi perantau pelbagai rasa menyelubungi perasaan, tak kurang juga dengan homesick. But now aku da boleh biasakan keadaan tambahan mempunyai housemate a.k.a sahabat dan rakan sekerja yang baik. Alhamdulillah.

Aku juga kembali ke langkawi. Hehe.. sangat berpuas hati sebab dapat tawaf satu langkawi tu. Jika pada 2009 aku pergi dengan former company dan tak sempat tawaf, but this time aku juga dapat buat island hopping which is first time i am doing that activity. Dapat berendam kat Tasik Dayang Bunting yang heaven. Ok jakun jap dengan Tasik Dayang Bunting. Haha..

Disebabkan malas nak taip panjang-panjang aku rasa sampai sini je la entri ni. dan aku rasa 3 cerita tersebut adalah yang paling membawa makna yang besar pada 2012. Wish you all happy New year 2013 in advance memandangkan aku takkan bersiaran selama 2 hari.

HAPPY NEW YEAR 2013


No comments:

Post a Comment

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers