There was an error in this gadget

lets shoppin'

Macam - Macam la hai..

Weeclicks

GuaBlog

SAHABAT handai

Tuesday, February 5, 2013

Hansel & Gretel : Witch Hunters (2013)

Salam ukhwah..

Kalo korang perasan aku dah lama tak update pasal movie preview kan? For you all information aku memang dah lama tak update pasal movie ni. Which mean aku tak pegi tengok dah movie kat panggung wayang. hehe.. But last sunday a friend ajak tengok, aku memula malas gak, tapi bila orang paksa then dia kata nak belanja aku turutkan gak la even malas nak mati that time nak kuar umah. Bukan la hadap sangat orang nak belanja kan. huhu.. Lalu decide la tengok citer Hansel & Gretel : Witch Hunters.


Sinopsis:

Cerita ni mengisahkan adik beradik pemburu ahli sihir, Hansel (Jeremy Renner) dan Gretel (Gemma Arterton). Bermula mereka menjadi pemburu apabila mereka ditangkap oleh ahli sihir di rumah gula2. Dari situlah mereka memburu ahli sihir. Sehingga suatu hari apabila mereka sudah dewasa sebuah bandar memanggil mereka untuk menangkap ahli sihir yang telah menculik kanak-kanak di bandar tersebut. Kehadiran mereka tidak disenangi oleh sheriff bandar tersebut. Setelah di siasat dapatlah mereka tahu bahawa kehilangan kanak-kanak di bandar itu adalah untuk satu upacara ahli sihir yang diketuai oleh Muriel (Famke Jenssen), seorang ketua ahli sihir yang jahat. Dalam pada masa yang sama mereka juga dapat tahu bahawa ibu mereka adalah seorang ahli sihir, tetapi seorang ahli sihir baik yang telah dibunuh kerana fitnah dan salah faham. Upacara tersebut akhirnya dapat dipatahkan oleh Hansel dan Gretel dengan bantuan seorang ahli sihir baik, Mina (Pihla Viitala). Juga seorang anak muda dari bandar tersebut Benjamin (Thomas Mann). Maka terselamatlah semua kanak-kanak tersebut daripada menjadi mangsa korban upacara. Hansel dan Gretel terus menjadi pemburu ahli sihir, mereka disertai juga Benjamin serta Edward (Derek Mears). Edward adalah troll yang menjadi hamba ahli sihir. Edward adalah seorang yang baik yang membantu menentang ahli-ahli sihir jahat tersebut.

2 comments:

weeclicks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Owner's Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers